Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts
Friday, October 30, 2015
Bayi, Ibu dan Malaikat
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para Malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah?"
Tuhan menjawab, "Kami telah memilih satu Malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan ketawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Tapi bagaimana saya boleh mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihat-Mu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu dapat kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada disisimu."
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan. "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, boleh Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?"
"Kamu akan memanggil Malaikatmu, Ibu."
Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.
Tuesday, October 27, 2015
Perkahwinan Rasulullah dan Aisyah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakkatuh
Ni satu komen untuk dikongsikan,
Aisyah r.a sendiri mengaku dengan kata-katanya, "Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita". (Sunan Tirmizi 3/4 17)
Kata Imam Syafie, "Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun". (Siyar A'lam Nubala 10/91)
Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.
Rasulullah berkata kepada Aisyah, "Aku melihat engkau dalam mimpi aku sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku : Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu adalah engkau. Lalu aku berkata, Jika ia adalah daripada Allah Taala, maka Dia akan meneruskannya". (Bukhari no:3682)
Isteri-isteri Rasulullah S.A.W.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Isteri-isteri Rasulullah SAW :-
~
Khadijah Binti Khuwailid - seorang janda, dimana ketika itu Nabi SAW
berusia 25 tahun manakala Khadijah berumur 40 tahun (Pengajaran : Tidak
salah untuk berkahwin dengan seorang wanita yang janda atau yang berusia
lebih tua)
~
Zainab Binti Jahsyi - Zainab pernah berkahwin dengan Zaid Bin Haritha
iaitu anak angkat Nabi SAW tetapi dibenarkan Allah SWT (Surah Al-Ahzab
ayat 37) untuk Nabi SAW memperisterikannya setelah Zaid menceraikan
Zainab (Pengajaran : Dibolehkan berkahwin dengan seseorang itu selepas
diceraikan dan cukup tempoh edah)
~
Aisyah Binti Abu Bakar - Dikahwini ketika Aisyah berusia 6 tahun tetapi
cuma menjadi isteri yang boleh digauli ketika berusia 9 tahun
(Pengajaran - Dibolehkan bernikah dengan seorang dara yang sudah cukup
baligh)
~Juwairiyah
Bin Al-Harith - Seorang hamba tawanan peperangan (Pengajaran - Tidak
salah untuk berkahwin dengan seorang perempuan hamba tawan perang)
~
Zainab Binti Khuzaimah - Digelar Ummu Al-Masakeen kerana sikap beliau
yang pemurah dan baik hati. Zainab pernah berkahwin dengan Abdullah Bin
Jahsyi yang terkorban dalam peperangan Uhud (Pengajaran - Dibolehkan
berkahwin dengan seorang janda kerana berasa simpati di atas pengorbanan
suami yang syahid di jalan Allah)
~
Ummu Habibah - Beliau pernah berkahwin dengan Ubaidullah Bin Jahsyi.
Kedua pasangan ini berhijrah ke Abyssinia (Ehtiopia) dimana kemudiannya
Ubaidullah telah murtad kepada agama Kristian walaupun Ummu Habibah
masih kekal di dalam Islam. Nabi SAW berkahwin dengan Ummu Habibah
setelah Ubaidullah meninggal dunia (Pengajaran - dibenarkan untuk
berkahwin dengan seorang itu demi untuk menyelamatkan akidah agamanya)
Sunday, April 19, 2015
Ladies Talentime
Assalamualaikum Wbt.
Pada hari jumaat yang lalu bersamaan 17 April 2015,
Biro HELWI PGPI telah bekerjasama dengan Biro HELWANI JPP mengadakan
halaqah "Ladies Talentime". Para muslimat dari kolej kediaman Aman & Damai serta
pelajar non muslim dijemput hadir.
Dalam halaqah ini, satu pertandingan menjahit kain felt iaitu
membuat keychain telah dilaksanakan.
Objektif halaqah kali ini adalah untuk mencungkil bakat
para muslimat dan mengeratkan ukhwah fillah.
Alhamdulillah :)
Saturday, February 28, 2015
Halaqah Helwi - Dari Mata Turun Ke Hati
Pada hari Jumaat, 27 Feb 2015,
Biro HELWI telah mengadakan satu aktiviti helwi khas untuk
para muslimat IPIK.
Dalam halaqah helwi yang pertama ini,
ketua biro HELWI iaitu saudari Aidatul Fatinah memperkenalkan ahli-ahli biro HELWI.
Ustazah Nurul Huda telah memberi sedikit pengisian tentang Surah An-Nisa.
Dalam pengisian tersebut, ustazah telah menekankan
3 PERKARA.
PERTAMA, IMAN.
Kita hendaklah beriman kepada 6 rukun iman & 5 rukun islam dengan penuh kepercayaan dan juga keyakinan.
KEDUA, TAAT PERINTAH ALLAH.
Kita perlu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya
KETIGA, AKHLAK.
Kita wajib menjaga akhlak kita untuk memperoleh keredaan Allah S.W.T dan untuk membentuk peribadi yang mulia.
Kemudian, slot daripada wakil daripada Biro Ekonomi pula
untuk mempromosikan produk dan juga barangan
sekali gus ianya dapat meningkatkan dana dalam PGPI.
Halaqah HELWI ini telah diadakan pada 27 Februari 2015 di Surau Ta'dib
pada jam 12.45 tengah hari sehingga 1.45 tengah hari
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)























