Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

Friday, June 17, 2016

Fasa Kedua Bulan Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bulan suci Ramadan dikenal juga sebagai syahrul maghfirah (bulan ampunan), kerana di bulan inilah Allah SWT berkenan memberikan maghfirah-Nya dengan sangat murah kepada para hamba-Nya yang ingin bertaubat. Dan bagi mereka yang sudah memperoleh maghfirah-Nya, tidak ada balasan lain selain syurga. Sehingga seolah-olah Allah memberi tawaran istimewa untuk mendapat syurga-Nya di bulan ini. 


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan ibadah (qiyam) pada bulan Ramadan kerana iman dan mencari reda Allah semata, maka diampunilah dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berlimpahnya maghfiroh dari Allah ini memang tidak mengherankan, mengingat Allah SWT memiliki sifat Al-Ghaffar ( Maha pengampun). Nah agar kita lebih meyakini dan menghayati ke Maha Pengampunan Allah SWT

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai” (Surah at-Tahrim ayat 8)

Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah menggariskan cara taubat nasuha:

1) Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.

2) Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyeksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.

3) Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.

4) Memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap seksa Allah SAW, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya.

Allah SWT berfirman lagi: “Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (Surah az-Zumar ayat 53)



Dari Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu beliau menceritakan: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (kiamat)”.
(Hadis riwayat Muslim)

Berkata Luqmanul al-Hakim kepada anaknya : “ Biasakan lisanmu dengan perkataan : "Ya Allah, ampunkanlah daku", sesungguhnya Allah menjadikan beberapa waktu yang tidak ditolak doa seseorang.”

Berkata Hassan al-Basri : “ Perbanyakkan istighfar di rumah-rumahmu, hidangan-hidanganmu, jalananmu, pasar-pasarmu, serta dalam majlis-majlismu, dan dimana sahaja kamu berada. Sesungguhnya kamu tidak tahu bilakah turunnya keampunan.”

Marilah kita bermuhasabah dan memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan dan amalan ibadah-ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang dilakukan pada zahir dan batin iaitu puasa dalam erti sebenarnya?. Sekiranya kita dapat menjaganya dan mengawal hati, nafsu dan keinginan lahiriah maka kita telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu darisegi zahir dan batin.

Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikrullah, mengingati Allah, meningkatkan iman, takwa, tawakkal, tawaduk, sabar dan membuangkan sifat-sifat mazmumah (sifat –sifat yang dikeji seperti hasad dengki, iri hati, sombong , takbur dan buruk sangka).

Puasa pada nafsu tidak makan dan minum disiang hari dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan tidak makan dan minum berlebihan ketika berbuka. Kontrol nafsu makan dan tidak melakukan pembaziran.


Puasa pada pancaindera iaitu menjaga mulut, mata, telinga dan anggota lain supaya tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh syarak.

Darisegi ibadah yang lain pula berjalan dan berterusan secara istiqamah iaitu solat tarawih, solat duha, solat tahajjud, solat taubat,solat hajat, membaca al-Quran, mendengar tazkirah Ramadan, sedekah , bermunajat, berdoa dan berzikir . Tidak ada ruang langsung untuk membuang masa yang sia-sia.

Sekiranya apa yang dinyatakan diatas terdapat didalam puasa kita dan perlaksanaan ibadah-ibadah yang lain, memenuhi ciri-ciri tersebut insya Allah kita mempunyai puasa yang berkualiti seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT . Pengampunan daripada Allah SWT seiring dengan puasa yang berkualiti.


Sahabat yang dikasihi,
Dalam fasa kedua ini Allah SWT. akan menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdoa dan memohon keampunan daripada-Nya.

Amalkanlah membaca doa ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada Allah SWT. agar doa kita diterima oleh-Nya.


“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”


“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”


“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

"Ya Allah berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan bebaskanlah kami daripada seksaan api neraka."


Sumber : Facebook Abu Basyer

Monday, April 11, 2016

Hukum Diri Kita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ini adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini dinamakan ; " Cara nak memanipulasi syaitan".

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan "hasut" kita untuk tinggalkan maksiat ( konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah membuat maksiat dan dosa!

Kita pun tahu , syaitan akan suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. Jadi, bila kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan!

Tetapi, bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari kita lihat sedikit penerangan cara-cara nak memanipulasikan syaitan ni :


  1. Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target ;
" Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca al-Quran satu juzuk!"

" Kalau aku tak pergi solat Subuh jemaah kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!"

2. Bila kita hukum diri kita , maka syaitan akan mula ragu-ragu , sama ada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan baca quran satu juzuk, yanag mana baca quran satu juzuk tu amat merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!!

3. Kalau dalam bahasa Arab, cara ini dinamakan ' Iqob' yang bermaksud 'denda'. Itulah yang para sahabat buat! 

4. Antara bukti, betapa efektifnya cara ini, sehingga syaitan sendiri akan hasut kita tinggalkan maksiat!Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat !

  • KISAH UMMU MAKTUM HENDAK KE MASJID                                                                  
Ada seorang sahabat bernama Ummu Maktum, seorang yang Buta. Dia hendak ke masjiduntuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua.

Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ini, dia hampir terjatuh, tetapi ada seseorang yang selamatkan dan usung sampai ke masjid. 

Setelah sampai ke masjid , Ummu Maktum pun berterima kasih pada lelaki tersebut. Dan apabila Ummu Maktum tanya siapakah kamu, lantas menjawab :
" Aku IBLIS!"

Ummu Maktum pun terkejut dan bertanya :

" Kenapa kau bantu aku pergi ke masjid sedangkan kau IBLIS?"

Iblis menjawab :
" Kerana kali pertama kau jatuh, Allah dan ampunkan semua dosa-dosa kau. Masa jatuh kali kedua pula, Allah ampunkan semua dosa ahli keluarga kau. Aku takut kalau jatuh kali ketiga, Allah ampunkan semua dosa penduduk Madinah ! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ini! Sebab itu masa kau jatuh buat kali ketiga, aku tolong kau!! 

Sumber : Tarbiah Sentap