Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul 1437H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Pengenalan


Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.




Menghayati Perjuangan Nabi


Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 


Keperibadian Terpuji


Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:


"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".


Ketokohan 


Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.


Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir


Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).


Kesimpulan


Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM

Saturday, November 7, 2015

Kisah Nabi Syu'aib menjadi buta




Nabi Syu'aib menjadi buta lantaran banyak menangis kerana cinta kepada Allah. Kemudian, Allah kembalikan penglihatannya dan dia menangis lagi sampai buta. Dikembalikan lagi penglihatannya dan menangis lagi sampai buta. Pada kali keempat, Allah bertanya padanya,
   "Hai Syu'aib, sampai bila engkau mahu seperti ini? Apabila lantaran takut pada api neraka maka kini aku telah bebaskan engkau darinya. Dan apabila lantaran rindu pada syurga, maka kini aku memberikannya padamu."

   "Ilahi, junjunganku, Engkau Maha Tahu Bahawa aku bukan menangis kerana takut api neraka atau rindu pada syurga, tetapi kerana hati yang sudah terpaut pada cintaMu. Aku tidak sabar lagi, (dalam riwayat lain) tapi aku tak dapat melihatMu."

   Kemudian, Allah berfirman : "Kalau memang demikianlah sebabnya, Aku akan kirimkan Kalam-Ku Musa bin 'Imran untuk membantumu.

Malaikat Menjemput Roh Nabi Ilyas

Ketika sedang berehat datanglah Malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
   "Mengapa engkau bersedih?" tanya Malaikat Maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas.

   "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut? tanya Malaikat.

   "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah," jawab Ilyas.






   Ketika itu Allah lalu menurunkan wahyu kepada Malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.

   "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku hingga akhir nanti." Demikian firman Allah kepada Malaikat.

Thursday, November 5, 2015

Nabi Idris Menikam Mata Raja Iblis

      


Pada suatu hari sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, sekonyong-konyong terdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki dengan memegang di tangannya sebutir telur. Katanya : "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka Nabi Idris pun memandang lelaki itu lalu dikenalnya ialah seteru Allah Iblis alaihil-laknat.
   Maka kata Nabi Idris a.s. : "Marilah dekat aku, tanyalah apa yang engkau kehendaki." Maka Raja Iblis itupun datang dekat sisinya, katanya : "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka sahut Nabi Idris : "Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telus yang sebesar ini bahkan ke dalam jarum aku sekecil inipun Tuhanku sangat berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya," lalu dengan pantas Nabi Idris a.s. pun menikam mata Raja Iblis itu dengan jarum. Maka Raja Iblis pun terperanjat dengan kesakitan lalu lari membawa diri dengan menerima tanda tangan Nabi Idris buta sebelah matanya hingga tibalah kebangkitan