Showing posts with label Malaikat. Show all posts
Showing posts with label Malaikat. Show all posts

Wednesday, December 16, 2015

Malaikat bersama Orang Soleh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh Malaikat ke langit sehingga terbuka semua batas-batas dan sampai kepada Allah s.w.t.
   Mereka berhenti diharibaan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.





   Kemudian Allah s.w.t berfirman : "Kamu semua adalah para Malaikat Hafazdah (Malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Akulah yang mengawasi dan mengatahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, bahkan untuk selain-Ku. Maka baginya adalah laknat-Ku, laknat para Malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Saturday, November 7, 2015

Malaikat Menjemput Roh Nabi Ilyas

Ketika sedang berehat datanglah Malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
   "Mengapa engkau bersedih?" tanya Malaikat Maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas.

   "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut? tanya Malaikat.

   "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah," jawab Ilyas.






   Ketika itu Allah lalu menurunkan wahyu kepada Malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.

   "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku hingga akhir nanti." Demikian firman Allah kepada Malaikat.

Thursday, November 5, 2015

Malaikat yang paling digeruni



Malaikat yang paling digeruni dan ditakuti adalah Malaikat Maut (Izrail) kerana kedatangannya menjemput nyawa setiap makhluk tidak dapat diketahui. Bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
   Firman Allah s.w.t: Ertinya:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mempercepatkannya." (Al-A'raf.34)

Betapa kerapnya Malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana Malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
   Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

   "Bahawa Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
   Selain itu, Allah Ta'ala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada Malaikat Maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a. dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul, para nabi-nabi, para wali dan orang-orang solihin.

   Selain itu, Malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

   Diriwayatkan bahawa Allah s.w.t berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka

Malaikat membina Kaabah


Apabila Allah s.w.t hendak menciptakan manusia di bumi maka para Malaikat merasa seolah-olah tidak bersetuju. Malaikat yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah berani mengemukakan bantahan bila arahan ini dikemukakan.
   Kata Malaikat : "Adakah Tuhanku hendak menjadi padanya (bumi) mereka yang merosakkan padanya (dengan membuat maksiat dan derhaka kepada Tuhan dan mengkufur padaNya) dan menumpahkan darah (dengan bunuh membunuh) padahal kami ini sentiasa mengucap tasbih dengan memuji akan Dikau dan membuat amal ibadat kepada Engkau (ialah patut bagi Khalifah (ganti) Tuhanku di atas bumi)?"

   Bagaimanapun kerana takwa dan taat setia yang tidak berbelah bagi Malaikat terus naik takut akan kemurkaan Tuhan apabila mendengar perintah Allah tersebut maka pergilah mereka tawaf akan 'Arasy Tuhan dengan berkeliling dan berkekalan mereka menuntut keampunan dan keredhaan Tuhan Rabbul-a'lamin.


A. Kaabah di Bawah 'Arasy

   Maka Allah meredhakan mereka dan diperbuat serta dibina sebuah Kaabah di bawah 'Arasy Tuhan yang dinamakan 'Baitul Makmur' dengan binaan di atas empat tiang daripada 'zubur jad' dan ditahtakan dengan batu delima merah serta dinamakan dia 'Addhurrah' bagi menyenangkan kerja tawaf berbanding dengan tawaf di 'Arasy Tuhan yang begitu besar.


   Malaikat terus tawaf pada sepanjang waktu tetapi terhad kepada sekali tawaf sahaja sehingga hari kiamat. Seramai 70 ribu Malaikat dapat mengerjakan tawaf pada sesuatu masa.



B.Kaabah di Bumi
   Kemudian Allah menyuruh Malaikat yang di bumi membina sebuah Baitullahil-Haram menyerupai Baitul-Makmur dari segi rupa dan saiznya bagi tujuan tawaf Malaikat di bumi. Binaan ini dibuat 2000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam. Tapak Baitullahil-Haram adalah bersetentang dengan Baitul-Makmur di langit.


   Berkata sebahagian ulama : "Sekiranya dijauhkan sebutir batu daripada tengah Baitul-Makmur nescaya boleh terjatuh batu itu di tengah-tengah Baitullahi-Haram."


   Tempat binaan Baitullah-Haram ialah di atas buih yang keras iaitu awal-awal benda yang timbul di atas muka air. Inilah awal-awal binaan sehingga beberapa kali pembinaan dan pembinaan semula dinding-dinding dan atapnya yang ada sekarang. Pembinaan Malaikat tidaklah seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan yang berbentuk seperti sekarang