بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bulan suci Ramadan dikenal juga sebagai syahrul maghfirah (bulan
ampunan), kerana di bulan inilah Allah SWT berkenan memberikan maghfirah-Nya
dengan sangat murah kepada para hamba-Nya yang ingin bertaubat. Dan bagi mereka
yang sudah memperoleh maghfirah-Nya, tidak ada balasan lain selain syurga.
Sehingga seolah-olah Allah memberi tawaran istimewa untuk mendapat syurga-Nya
di bulan ini.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan ibadah
(qiyam) pada bulan Ramadan kerana iman dan mencari reda Allah semata, maka
diampunilah dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berlimpahnya maghfiroh dari Allah ini memang tidak mengherankan,
mengingat Allah SWT memiliki sifat Al-Ghaffar ( Maha pengampun). Nah agar kita
lebih meyakini dan menghayati ke Maha Pengampunan Allah SWT
Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang
semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai” (Surah at-Tahrim ayat 8)
Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah menggariskan cara taubat
nasuha:
1) Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat
tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam
taubatnya.
2) Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak
menyeksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa
bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan
ketekadannya untuk segera bertaubat.
3) Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu
keikhlasan bertaubat.
4) Memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan
gentar terhadap seksa Allah SAW, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan
khawatir terhadap ancamanNya.
Allah SWT berfirman lagi: “Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (Surah az-Zumar ayat 53)
Dari Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu beliau menceritakan:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla
membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat
dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima
taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai
matahari terbit dari barat (kiamat)”.
(Hadis riwayat Muslim)
Berkata Luqmanul al-Hakim kepada anaknya : “ Biasakan lisanmu dengan
perkataan : "Ya Allah, ampunkanlah daku", sesungguhnya Allah
menjadikan beberapa waktu yang tidak ditolak doa seseorang.”
Berkata Hassan al-Basri : “ Perbanyakkan istighfar di rumah-rumahmu,
hidangan-hidanganmu, jalananmu, pasar-pasarmu, serta dalam majlis-majlismu, dan
dimana sahaja kamu berada. Sesungguhnya kamu tidak tahu bilakah turunnya
keampunan.”
Marilah kita bermuhasabah dan memerhatikan kualiti ibadah puasa yang
kita laksanakan dan amalan ibadah-ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang
dilakukan pada zahir dan batin iaitu puasa dalam erti sebenarnya?. Sekiranya
kita dapat menjaganya dan mengawal hati, nafsu dan keinginan lahiriah maka kita
telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu darisegi zahir dan batin.
Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikrullah, mengingati
Allah, meningkatkan iman, takwa, tawakkal, tawaduk, sabar dan membuangkan
sifat-sifat mazmumah (sifat –sifat yang dikeji seperti hasad dengki, iri hati,
sombong , takbur dan buruk sangka).
Puasa pada nafsu tidak makan dan minum disiang hari dan perkara-perkara
yang boleh membatalkan puasa dan tidak makan dan minum berlebihan ketika
berbuka. Kontrol nafsu makan dan tidak melakukan pembaziran.
Puasa pada pancaindera iaitu menjaga mulut, mata, telinga dan anggota
lain supaya tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh syarak.
Darisegi ibadah yang lain pula berjalan dan berterusan secara istiqamah
iaitu solat tarawih, solat duha, solat tahajjud, solat taubat,solat hajat,
membaca al-Quran, mendengar tazkirah Ramadan, sedekah , bermunajat, berdoa dan
berzikir . Tidak ada ruang langsung untuk membuang masa yang sia-sia.
Sekiranya apa yang dinyatakan diatas terdapat didalam puasa kita dan
perlaksanaan ibadah-ibadah yang lain, memenuhi ciri-ciri tersebut insya Allah
kita mempunyai puasa yang berkualiti seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT .
Pengampunan daripada Allah SWT seiring dengan puasa yang berkualiti.
Sahabat yang dikasihi,
Dalam fasa kedua ini Allah SWT. akan menerima dan memberi pengampunan
kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdoa dan memohon keampunan daripada-Nya.
Amalkanlah membaca doa ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada
Allah SWT. agar doa kita diterima oleh-Nya.
“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang
akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan,
sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih
mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada
Tuhan selain Engkau.”
“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab
kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”
“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”
“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang
besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku
dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
"Ya Allah berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat dan bebaskanlah kami daripada seksaan api neraka."
Sumber : Facebook Abu Basyer
No comments :
Post a Comment