Sahabat-sahabat, saban hari, jumlah kematian saudara kita semakin meningkat dan tidak terhitung jumlahnya. Di sana, mereka bermati-matian mempertahankan dan mempertaruhkan nyawa bersama menentang kezaliman yang dikenakan terhadap mereka, serta berusaha sedaya upaya menegakkan kalimah Allah daripada hinaan regim Bashar Al-Assad, sedangkan kita di sini sedang bersenang lenang menikmati keamanan dan berehat santai seperti tidak menghadapi apa-apa masalah, walhal, di sana, ribuan malah jutaan saudara seaqidah kita sedang mati dibunuh dengan kejam !
Berasaskan nas nabawi yang mafhumnya:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis Sahih Bukhari dan Muslim.
Seterusnya sabda Nabi SAW yang mafhumnya:
Hadis riwayat Hakim.
Justeru, atas semangat ukhuwwah Islamiah yang prihatin, cakna dan kasihkan saudara mereka sesama Islam, maka dengan ini kita seharusnya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dan padu kepada saudara seIslam di Syria yang sedang ditindas, dibunuh, dipenjara tanpa hak yang sebenarnya.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
Maksudnya:
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan Kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah al-Buruj: 8)
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan Kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah al-Buruj: 8)
Antara ulama yang menyatakan sokongan ialah:
•Syeikh Abdullah bin Biah, Timbalan Persatuan Ulama Sedunia.
•Syeikh Sadiq al-Ghiryani, Ulama Besar Libya.
•Syeikh Nasir Farid Wasil, Mantan Mufti Mesir.
•Dr. Ali Jumuah, Mufti Mesir.
•Dr. Salman bin Fahad al-Udah.
•Syeikh Nabil al-Iwadi.
•Dr. Isam al-Basyir.
•Dr. Abd Majid al-Zandani.
•Syeikh Iwadh al-Qarani.
•Dr. Tariq Suwaidan.
Dengan situasi yang terkini amat wajar pemimpin OIC, para ulama dan umat Islam di seluruh dunia wajar memberi tekanan kepada rejim Asad di Syiria agar berundur dengan menyantuni suara dan hasrat rakyat.
Dalam masa yang sama sebarang campur tangan kuasa asing dan bukan Islam melibatkan ketenteraan sepertimana berlaku di Iraq juga perlu ditolak kerana akhirnya hanya menambahkan kemusnahan negara dan tamadun umat yang dibina.
Antara resolusi awal yang dicadangkan ialah diadakan Qunut Nazilah sebagai senjata spiritual bagi mukmin serta memberi bantuan kepada penduduk Syria.












