Showing posts with label organisasi. Show all posts
Showing posts with label organisasi. Show all posts

Friday, September 23, 2016

Garis panduan berhibur??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

                                   السلام عليكم


Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.
Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin al-As , yang bermaksud: "Wahai Abdullah bin Amr, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."

Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian mengenai panduan perlaksanaan program hiburan yang boleh sama-sama kita ikuti In shaa Allah
1. Persembahan Tarian

·    Berpakaian kemas, menutup aurat bagi yang Islam,  sopan, serta tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
·     Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.
·      Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan

 Tanggungjawab Penganjur
Penganjur hendaklah memastikan acara hiburan yang
 dianjurkan menepati garis panduan yang telah
disediakan.


Program Hiburan
·  Bermatlamatkan  kebaikan dan kesejahteraan
·   Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
·  Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat  dan ajaran Islam
·   Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
·  Asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan (kiri-kanan)
·  Berpakaian menutup aurat  dan sopan



    Lirik.
·    Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan  yang menyentuh sensitiviti agama
·     Tidak mengandungi  unsur menghina , mengaib, mencaci,  memfitnah dan seumpamanya.


 Persembahan Artis
·     Berinteraksi  dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan
·     Berpakaian kemas, sopan, menutup aurat bagi yang Islam serta tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
·     Gerak tari yang dipersembahkan tidak melampaui batas
·     Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat  atau menghina.
Asingkan tempat duduk

             Penonton :
·         Asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan (kiri-kanan)
·         Berpakaian menutup aurat  dan sopan.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan sesuai serta selesa dengan budaya tempatan. Berdasarkan kepada fakta sejarah, bahan dan bidang untuk kesenian dalam Islam adalah luas dengan segala kebaikan dan kehalusan seninya. Tetapi adakah masyarakat kita memberi laluan yang sewajarnya untuk perkembangan hiburan tanah air dilahirkan menerusi acuan dan pendekatan Islam?

In Shaa Allah sahabat-sahabat yang dikasihi, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya mendapatkan keredhaan Allah s..w.t. dalam konteks memenuhi naluri keinginan manusia menerusi hiburan yang terpimpin.



Rujukan : http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/utusan-malaysia/7540-islam-dan-pembentukan-budaya-berhibur

Tuesday, October 27, 2015

Carta Organisasi PGPI IPIK sesi 2015/2016


Wajah-wajah ahli PGPI IPIK sesi 2015/2016


LIKE page kami di Facebook bagi mengikuti perkembangan PGPI IPIK

Sunday, April 19, 2015

Ladies Talentime

Assalamualaikum Wbt.
Pada hari jumaat yang lalu bersamaan 17 April 2015,
Biro HELWI PGPI telah bekerjasama dengan Biro HELWANI JPP mengadakan
halaqah "Ladies Talentime". Para muslimat dari kolej kediaman Aman & Damai serta
pelajar non muslim dijemput hadir. 


Dalam halaqah ini, satu pertandingan menjahit kain felt iaitu
membuat keychain telah dilaksanakan.









Objektif halaqah kali ini adalah untuk mencungkil bakat
para muslimat dan mengeratkan ukhwah fillah.





Alhamdulillah :)

Monday, March 2, 2015

Bedah Buku & Ziarah Murabbi - Biro DATAR

Pada 1 Mac 2015 yang lalu,
Biro DATAR telah menganjurkan Program Bedah Buku yang
melibatkan semua ahli PGPI.



Tentatif:
5.00 pagi - qiam
6.00 pagi - subuh berjemaah
8.00 pagi - bedah buku
10.00 - ziarah murabbi (Ustaz Jainuddin) 

Konsep bedah buku ini ialah setiap ahli kumpulan akan diberikan satu bab untuk dikupas bersama dengan ahli kumpulan dan membuat pembentangan mengikut kreativiti ahli kumpulan sama ada nak buat lakonan dan sebagainya.

Buku yang akan digunakan ialah 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam'. 
Dalam buku ini ada banyak bahagian diikuti dengan topiknya. 
Jadi kami kupas bahagian pertama yang merangkumi 6 topik dan telah dibahagikan dalam kumpulan mengikut undian.Setiap kumpulan dapat satu topik.

6 topik tersebut ialah:

1)Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah
2)Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat
3)Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlaq
4)Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga
5)Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri
6)Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam





Kemudian, semua ahli PGPI bergerak ke rumah Ustaz Jainuddin.
Ustaz telah memberi pengisian tentang :
1 . Mukmin & Mutaqqim
2. Penghayatan Ilmu
3. Keyakinan Akidah
4. Syariat (Hukum Hakam)
5. Tasawwuf
6. Dominan daripada bangsa lain




Sunday, March 1, 2015

Kursus Memperkasa Kepimpinan 2015

Bismillahirahmanirrahim.

Kursus Memperkasa Kepimpinan ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Guru Pelatih Islam selama empat tahun berturut-turut. Kursus ini adalah untuk menyediakan para ahli jawatankuasa yang berketerampilan dan mampu mengerakkan gerak kerja penghayatan  Islam  di Institut ini.



Maklumat Umum
Tarikh : 6 Februari – 8 Februari 2015 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak
Kumpulan Sasaran : Ahli Jawatankuasa Persatuan Guru Pelatih Islam 
                       Sesi 2014/2015 IPGKIK seramai 40 orang

Untuk makluman, program ini diwajibkan penyertaannya kepada semua ahli Persatuan Guru Pelatih Islam. Ahli jawatankuasa yang melaksanakan program ini terdiri daripada alumni Persatuan Guru Pelatih Islam yang terdiri daripada semester 5 dan 7.

Pada 6 hingga 8 Februari 2015, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) telah mengadakan Program Pemantapan Sahsiah Kepimpinan Pelajar di Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar ahli PGPI, PPISMP semester 2, PISMP semester 2 dan 3.

Program ini bermula pada 6 Februari pukul 3.30 petang dan berakhir pada 8 Februari, pukul 1.30 tengah hari. Peserta tiba pada pukul 6.00 petang ke tempat program. Slot ceramah 1, pada pukul 9.00 malam yang bertajuk “Encik, Nak Tarbiah 1!” disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Syahdan bin Hj Shamsuddin. Di dalam slot ceramah ini, menekankan kepentingan Tarbiah seseorang individu, dalam bergerak kerja didalam sesebuah organisasi. 



Selepas selesai slot ceramah tersebut peserta menjalani aktiviti Ice Breaking yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa fasilitator yang terdiri daripada pelajar alumni PGPI. Tujuan Ice Breaking ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli PGPI terutamanya pelajar baru dari PPISMP sem 2.

Pada 7 Februari 2015, hari Sabtu, program bermula pada pukul 6.00 pagi dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh. Seterusnya, aktiviti pada hari kedua program ini diteruskan dengan Slot ceramah 2, yang bertajuk “Organisasi? Aku Bukan Robot!” yang disampaikan oleh Puan Dr. Zahiah binti Haris@Harith. Pengisian disampaikan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli PGPI tentang kepentingan bergerak kerja secara berorganisasi serta bagaimana pengurusan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi setiap taklifan. Seterusnya, aktiviti dalam kumpulan (LDK 1) berdasarkan ceramah yang bertajuk “Encik, Nak Tarbiah 1!” dijalankan bagi menguji kefahaman dari para peserta. Seterusnya, pada pukul  11.30 pagi, slot ceramah 3, yang bertajuk “Benarkah Aku Berorganisasi?” disampaikan oleh Ustaz Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim. 





Dan berikutnya, pada pukul 2.30 petang, LDK 2, dijalankan berdasarkan ceramah “ Aku Bukan Robot”. 








Pada waktu petang, AJK fasilitator telah menjalankan aktiviti Explore Iman. Didalam aktiviti Explore Iman ini, peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan diberi tugasan untuk menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint sekitar kawasan kem tersebut. 





Pada waktu malam, slot ceramah 4, dijalankan pada pukul 9.00 malam, yang bertajuk “Apa Ertinya Aku Berbulatan Gembira” yang disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustaz Ariffuddin Bin Dzulkhefli. Didalam slot ceramah ini, menerangkan tentang kepentingan usrah. 





Seterusnya disambung dengan LDK 3, iaitu Modul Kepimpinan dan berakhir dengan aktiviti Liqa’ Muhasabah.

Pada hari terakhir program, 8 Februari 2015, slot ceramah 5, yang bertajuk “Ceramah Protokol di Majlis Rasmi” disampaikan oleh Ustaz Muaz Bin Muhammad pada pukul 8.30 pagi. Slot ceramah ini menekankan aspek tatacara dan protokol pelaksanaan majlis rasmi. Slot ini penting bagi memberi pendedahan kepada ahli PGPI tentang protokol sesuatu majlis yang akan dilaksanakan.

Pada 10.45 pagi persediaan penutup dan refleksi dijalankan. Perasmian penutup pada pukul 11.15 pagi dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Bin Osman, Timbalan Pengarah, Dr Roziah Binti Abdullah, para tetamu jemputan iaitu pensyarah-pensyarah dari JAPIM. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Bin Osman kepada para tetamu jemputan dan para hadirin yang hadir dan sokongan beliau terhadap program-program yang menekankan aspek kerohanian kepada pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Selain daripada itu, beliau turut menyeru agar usaha dan kerjasama para pelajar IPG khususnya amat diperlukan dalam menjayakan program sebegini.






 Majlis kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Pengarah, Dr Roziah Binti Abdullah. Diikuti dengan ucapan Ustaz Jainudin Bin Ngah, sebagai Ketua Jabatan JAPIM. Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah  dan  cenderahati, para tetamu dan hadirin dijemput untuk menikmati makan tengahari yang disediakan.








Banyak yang telah dipelajari. Harap, segala ilmu yang telah terima
dapat memberi manfaat kepada diri kita, Insyallah.