بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Guru dan WhatsApp
Pisau berguna apabila digunakan untuk memotong sayur-sayuran
dan buah-buahan tetapi boleh mengundang bahaya jika digunakan untuh merompak
atau membunuh.
Sama seperti WhatsApp, ianya amat berguna kepada kita jika
digunakan dengan bijak. Namun, jika tiada iman serta kebijaksanaan ianya dapat
mengundang bahaya kepada kita tampa kita sedari.
1.Betulkan Niat
Apa sahaja yang kita lakukan bermula dengan niat. Jika kita
ingin menghantar maklumat melalui WhatsApp, tentukan niat kita sama ada untuk
bersilaturahim,berkongsi maklumat yang sahih atau memberi tazkirah. Sekiranya
mesej yang hendak disampaikan itu baik dan bermanfaat, maka sahamnya dapat kita
nikmati. Pahala berganda. Begitu juga sebaliknya
2.Pastikan maklumat yang sahih
Jangan menghantar maklumat yang kita belum pasti
kesahihannya.Usah terburu-buru kerana apa yang dihantar tidak dapat diundur dan
dipadam daripada aplikasi WhatsApp
3.Ambil kira perasaan orang lain
Bertimbang rasa, prihatin dan peka dengan masa orang lain.
Ambil sedikit masa untuk merenung dan erfikir reaksi penerima sebelum menekan
butang send
4. Utamakan yang penting
Penggunaan WhatsApp tampa pengurusan masa yang betul akan menyebabkan
kita leka dengan aplikasi tersebut. Utamakan apa yang utama terdahulu. Tinggalkan
WhatsApp jika kita ada urusan yang lebih penting.
No comments :
Post a Comment