Kursus Memperkasa Kepimpinan ini telah dilaksanakan
oleh Persatuan Guru Pelatih Islam selama empat tahun berturut-turut. Kursus ini
adalah untuk menyediakan para ahli jawatankuasa yang berketerampilan dan mampu
mengerakkan gerak kerja penghayatan
Islam di Institut ini.
Maklumat Umum
Tarikh : 6 Februari – 8 Februari 2015 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak
Kumpulan Sasaran : Ahli Jawatankuasa Persatuan Guru Pelatih Islam
Sesi 2014/2015 IPGKIK seramai 40 orang
Untuk makluman, program ini diwajibkan penyertaannya
kepada semua ahli Persatuan Guru Pelatih Islam. Ahli jawatankuasa yang
melaksanakan program ini terdiri daripada alumni Persatuan Guru Pelatih Islam
yang terdiri daripada semester 5 dan 7.
Pada
6 hingga 8 Februari 2015, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan
kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) telah mengadakan Program
Pemantapan Sahsiah Kepimpinan Pelajar di Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai
Congkak. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar ahli PGPI,
PPISMP semester 2, PISMP semester 2 dan 3.
Program
ini bermula pada 6 Februari pukul 3.30 petang dan berakhir pada 8 Februari,
pukul 1.30 tengah hari. Peserta tiba pada pukul 6.00 petang ke tempat program.
Slot ceramah 1, pada pukul 9.00 malam yang bertajuk “Encik, Nak Tarbiah 1!”
disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Syahdan bin Hj
Shamsuddin. Di dalam slot ceramah ini, menekankan kepentingan Tarbiah seseorang
individu, dalam bergerak kerja didalam sesebuah organisasi.
Selepas selesai
slot ceramah tersebut peserta menjalani aktiviti Ice Breaking yang dikendalikan
oleh ahli jawatankuasa fasilitator yang terdiri daripada pelajar alumni PGPI.
Tujuan Ice Breaking ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
sesama ahli PGPI terutamanya pelajar baru dari PPISMP sem 2.
Pada
7 Februari 2015, hari Sabtu, program bermula pada pukul 6.00 pagi dimulakan
dengan solat Subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh. Seterusnya, aktiviti
pada hari kedua program ini diteruskan dengan Slot ceramah 2, yang bertajuk
“Organisasi? Aku Bukan Robot!” yang disampaikan oleh Puan Dr. Zahiah binti
Haris@Harith. Pengisian disampaikan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli
PGPI tentang kepentingan bergerak kerja secara berorganisasi serta bagaimana
pengurusan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi setiap taklifan.
Seterusnya, aktiviti dalam kumpulan (LDK 1) berdasarkan ceramah yang bertajuk
“Encik, Nak Tarbiah 1!” dijalankan bagi menguji kefahaman dari para peserta.
Seterusnya, pada pukul 11.30 pagi, slot ceramah 3, yang bertajuk “Benarkah Aku Berorganisasi?”
disampaikan oleh Ustaz Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim.
Dan berikutnya, pada
pukul 2.30 petang, LDK 2, dijalankan berdasarkan ceramah “ Aku Bukan Robot”.
Pada waktu petang, AJK fasilitator telah menjalankan aktiviti Explore
Iman. Didalam aktiviti Explore Iman ini, peserta dibahagikan kepada 7
kumpulan dan diberi tugasan untuk menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint
sekitar kawasan kem tersebut.
Pada waktu malam, slot ceramah 4, dijalankan
pada pukul 9.00 malam, yang bertajuk “Apa Ertinya Aku Berbulatan Gembira” yang
disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustaz Ariffuddin Bin Dzulkhefli.
Didalam slot ceramah ini, menerangkan tentang kepentingan usrah.
Seterusnya
disambung dengan LDK 3, iaitu Modul Kepimpinan dan berakhir dengan aktiviti
Liqa’ Muhasabah.
Pada
hari terakhir program, 8 Februari 2015, slot ceramah 5, yang bertajuk “Ceramah
Protokol di Majlis Rasmi” disampaikan oleh Ustaz Muaz Bin Muhammad pada pukul
8.30 pagi. Slot ceramah ini menekankan aspek tatacara dan protokol pelaksanaan
majlis rasmi. Slot ini penting bagi memberi pendedahan kepada ahli PGPI tentang
protokol sesuatu majlis yang akan dilaksanakan.
Pada
10.45 pagi persediaan penutup dan refleksi dijalankan. Perasmian penutup pada
pukul 11.15 pagi dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Bin
Osman, Timbalan Pengarah, Dr Roziah Binti Abdullah, para tetamu jemputan iaitu
pensyarah-pensyarah dari JAPIM. Majlis diteruskan
lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Encik
Shaari Bin Osman kepada para tetamu jemputan dan para hadirin yang hadir dan
sokongan beliau terhadap program-program yang menekankan aspek kerohanian
kepada pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Selain daripada itu, beliau turut menyeru
agar usaha dan kerjasama para pelajar IPG khususnya amat diperlukan dalam
menjayakan program sebegini.
Majlis kemudiannya diserahkan kepada Timbalan
Pengarah, Dr Roziah Binti Abdullah. Diikuti dengan ucapan Ustaz Jainudin Bin
Ngah, sebagai Ketua Jabatan JAPIM. Selesai sahaja majlis penyampaian
hadiah dan cenderahati, para tetamu dan hadirin dijemput
untuk menikmati makan tengahari yang disediakan.
Banyak yang telah dipelajari. Harap, segala ilmu yang telah terima
dapat memberi manfaat kepada diri kita, Insyallah.
Banyak yang telah dipelajari. Harap, segala ilmu yang telah terima
dapat memberi manfaat kepada diri kita, Insyallah.
No comments :
Post a Comment