Monday, November 9, 2015

Menjauhi al-Masih Dajjal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dunia kini dikatakan adalah fasa ke-empat daripada lima fasa umat, dan tiada fitnah (ujian) yang besar pada akhir zaman ini selain daripada fitnah Dajjal.

"Di antara penciptaan Adam dan terjadinya Kiamat, tidak ada fitnah (dugaan) yang lebih besar daripada Ad-Dajjal." [HR muslim]

Marilah kita bermuhasabah diri, sejauh manakah kesedaran kita; umat akhir zaman ini terhadap Dajjal. Para sahabat Nabi SAW sendiri takut apabila diceritakan perihal Dajjal ini oleh Baginda.

Apa yang mampu kita lakukan sebagai ikhtiar untuk menghindari Ad-Dajjal ini ?  

1. Mendalami dan memahami bahawa Dajjal itu adalah manusia yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kenali sifatnya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah,
 "Sesungguhnya Allah tidak buta. Ketahuilah sesungguhnya dajal itu buta sebelah matanya seperti buah anggur yang mengembung." [HR Muslim]. 
Semua orang Islam yang beriman walau hanya sebesar biji sawi akan nampak di dahi Dajjal itu tulisan Ka Fa Ra (kafir) dan ianya boleh dibaca sama ada buta huruf atau pun tidak.

2. Memohon perlindungan daripada Allah melalui doa. Hadis daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda;
 "Jika salah seorang daripada kamu bertasyahud (dalam solat) hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dan berdoa, "Allahumma inni a'uudzubika min adzaabi jahannama, wamin adzaabil qabri, wamin fitnatil mahyaa wal mamati, wamin syarri fitnatil masiihid Dajjal. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksa neraka Jahannam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dan kematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal)" [HR Muslim]

3. Menghafal surah al-Kahfi. Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama daripada surah al-Kahfi maka dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal." [HR Abu Daud] 






No comments :