بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Keistimewaan
Solat Tahajud.
“ Apabila daratan bumi pada siang hari terasa
sempit menghimpit dan penghuninya menyesakkan dadamu, ketahuilah pintu langit
di malam hari terbuka lebar dan sentiasa menawarkan rahmat Allah dan kemudahan
atasmu.”
Allah
menjanjikan mereka yang melakukan solat tahajud pasti mendapat tempat yang
terpuji di sisiNya.
“
Dari sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu, semoga
Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji.” ( Surah al-Israk, ayat 79 )
Solat tahajud adalah keadaan hamba
yang mencintai dan berhadapan dengan Tuhannya di penghujung malam yang sunyi.
Apabila dilakukan dengan penuh keikhlasan in sha Allah mendatangkan ketenangan.
Sementara, ketenangan itulah yang berkait rapat dengan peningkatan daya tahan
tubuh. Hal ini dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan berupaya meningkatkan
usia.
Muhammad Sholeh, sarjana Institut
Agama Islam Negeri, Indonesia yang berjudul Pengaruh
Solat Tahajud kepada Peningkatan Perubahan Response Ketahanan Tubuh Imunologik:
Suatu Pendekatan Psiko-Neurologi. Dengan tesisnya itu beliau berjaya meraih
gelaran sarjana dalam bidang ilmu perubatan di Program Selepas Sarjana Fakulti
Perubatan, Universiti Airlangga Surabaya. Dalam tesisnya, beliau mengatakan
apabila solat tahajud dilakukan secara berterusan, tepat gerakannya, khusyuk
dan ikhlas, dari segi perubatan solat berupaya memberi respons ketahanan tubuh imunologi.
Khususnya pada imunoglobin M,G,A dan limsofit yang menjadi motivasi positif.
Solat tahajud juga dapat meningkatkan kemampuan individu.
Solat tahajud mengandungi aspek meditasi
dan relaksi. Menurut Sholeh solat ini dapat digunakan sebagai coping mechanism atau pereda stress yang
secara tidak langsung meningkatkan ketahanan tubuh individu secara natural.
Solat tahajud yang dimaksudkan Sholeh menitikberatkan amalan rutin, ketepatan
gerakan, kekhusyukan dan keikhlasan. Menurut Sholeh lagi, niat yang tidak
ikhlas menimbulkan kekecewaan, persepsi negatif dan rasa tertekan. Perasaan negatif dan tertekan itu menjadikan individu lebih mudah terkena serangan stress dan
sebaliknya.
Oleh
itu, marilah kita semua membuat amal dengan seikhlas hati. Allah Maha Melihat
dan Maha Mengetahui. Ikhlaskan niat semua !
Sumber
: Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit karya Dr. Adi Hashman.
No comments :
Post a Comment