Saturday, February 28, 2015

Halaqah Helwi - Dari Mata Turun Ke Hati

Pada hari Jumaat, 27 Feb 2015,
Biro HELWI telah mengadakan satu aktiviti helwi khas untuk 
para muslimat IPIK.






Dalam halaqah helwi yang pertama ini,
ketua biro HELWI iaitu saudari Aidatul Fatinah memperkenalkan ahli-ahli biro HELWI.




Ustazah Nurul Huda telah memberi sedikit pengisian tentang Surah An-Nisa.
Dalam pengisian tersebut, ustazah telah menekankan 
3 PERKARA.

PERTAMA, IMAN.
Kita hendaklah beriman kepada 6 rukun iman & 5 rukun islam dengan penuh kepercayaan dan juga keyakinan.
KEDUA, TAAT PERINTAH ALLAH.
Kita perlu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya
KETIGA, AKHLAK.
Kita wajib menjaga akhlak kita untuk memperoleh keredaan Allah S.W.T dan untuk membentuk peribadi yang mulia.

Kemudian, slot daripada wakil daripada Biro Ekonomi pula
untuk mempromosikan produk dan juga barangan 
sekali gus ianya dapat meningkatkan dana dalam PGPI.



Halaqah HELWI ini telah diadakan pada 27 Februari 2015 di Surau Ta'dib
pada jam 12.45 tengah hari sehingga 1.45 tengah hari

No comments :