Istiqomah
sebenarnya bermula daripada penghijrahan. Kita berhijrah ke arah kebaikan dan istiqomahlah untuk mendapatkan keredaan Allah. Hidup kita di dunia, segala ibadah dan semua perkara yg kita lakukan hendaklah
diniatkan untuk mendapatkan KERDEHAAN Allah dan bukan mengharapkan pahala atau ganjaran
Allah semata-mata.
Permulaan untuk
melaksanakan ibadah memanglah berat. Kita akan diselubungi rasa malas, tidak semangat
lalu muncul pula perasaan tidak ikhlas.
Namun, terdapat tips untuk kita menjadi
lebih semangat dalam melaksanakan ibadah dan merasai kemanisan ibadah itu
sendiri.
1.
Menjaga
pancaindera dari godaan buruk
·
Mata –
menjaga daripada melihat perkara yang dilarang Allah SWT
“Katakanlah kepada laki-laki
yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang
demikian lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan”
– Surah An Nur (24) : 30
·
Telinga
– menjaga telinga daripada mendengar perkataan yang buruk
·
Mulut
– Menjaga mulut daripada berkata-kata dusta dan keji
·
Anggota
tubuh – menjaga daripada melakukan perkara yang dilarang Allah SWT
2.
Menjauhi
golongan yang buruk
·
Elakkan
bergaul dengan orang-orang yang tidak mengajak kita ke arah kebaikan. Yang
lalai dari mengingatkan kita tentang Allah dan ajaranNya.
·
Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda “Barangsiapa bergaul dengan tukang api, maka kita
akan terkena percikannya, Sebaliknya barangsiapa bergaul dengan pedagang minyak
wangi, maka kita akan terkena harumnya”
·
Jika
kita ingin melihat kemuliaan seseorang, lihatlah siapa teman-temannya.
3.
Membaca
buku-buku Ilmiah Islam
·
Perbanyakan
membaca buku-buku Islam terutama buku Islam tentang tazkiyatun nafs (kebersihan
hati) seperti buku-buku sufi, sejarah Nabi Muhammad, cerit-cerita penuh hikmah
dan lain-lain
4.
Mengikuti
kelas-kelas agama
·
Mempelajari
agama (aqidah, akhlak, ibadah, fiqh dan lain-lain) bukan sekadar belajar
membaca Al –Quran
·
Nabi
Muhammad SAW bersabda “Tidak ada suatu kaum yang menghadiri majlis ilmu kecuali
malaikat aka mengelilinginya (selama berada di dalam majlis), dilingkupi oleh
rahmatNya, diturunkan etenangaan (ke dalam hatinya) dan disebut-sebu namanya
oleh Allah SWT di hadapan makhluk-makhluk langit”
5.
Menambah
ibadah sunnah
·
Jadikan
ibadah sunah sebagai rutin walaupun sedikit daripada sekali gus tetapi jarang. “Amal
yang disukai Allah adalah amal yang rutin walau sedikit” (H.R. Muslim)
·
Kualiti
> kuantiti
Secara
kesimpulannya, istiqomah pada permulaannya amatlah berat. Kita lakukan
perubahan dengan betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. In shaa Allah
apabila kita mendalami dan menghayati ibadah yang dilakukan, kita sendiri dapat
merasakan kemanisan dalam melaksanakan ibadah.
Kita sebagai
Mukmin hendaklah menjadi contoh yang terbaik dalam Islam. Kita sebenarnya
membawa tanggungjawab sebagai Islam itu sendiri. Kita mencerminkan apa itu Islam.
Kita adalah ikon Islam. Berbuat baiklah dan tunjukkanlah integriti dan
kejujuran Islam dengan menjadi Muslim yang sejati.
Dakwah sebenar dalam Islam
adalah karakter kita sebagai Muslim.
No comments :
Post a Comment