بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pada
zaman dahulu ada seorang ulama' Islam yang terkenal namanya Ali bin
Fadhil. Beliau terkenal sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan
kemewahan dan kebesaran dunia. Disebabkan sifat sifat pekertinya yang
mulia tu, maka beliau amat dicintai oleh umat Islam di zamannya.
Pada
suatu hari, ulama' besar ini telah pergi ke mekah untuk menunaikan
Haji. Sedang melakukan tawaf di Kaabah, di tengah tengah lautan manusia,
seorang pencuri telah berjaya mencuri kantung Ali bin Fadhil. Habis
semua wangnya dicuri oleh pencuri yang tidak diketahuinya itu. Setelah
ia sedar wangnya itu dicuri, dengan tenang ia menyelesaikan tawafnya.
Sedikitpun hatinya tidak bergoncang akibat musibah yang menimpa dirinya
dirinya itu. Ayahnya telah memperhatikan peristiwa itu dengan penuh
kehairanan.
Tetapi
setelah selesai saja mengerjakan tawaf, maka Ali bin Fadhil pun
tiba-tiba menangis. Melihat keadaannya itu maka ayahnya pun bertanya :
"Hai anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang hilang itu?"
"Oh tidak ayah! Apalah hendak ditangiskan kalau memang takdir!" ujarnya lalu menyambung :
"Sebenarnya
saya menangis kerana kasihan mengenangkan nasib orang yang telah
mencuri wang saya itu. Sebab dia tidak akan berupaya hendak membela
perbuatannya itu di hadapan Allah SWT di Hari Akhirat kelak!"
Macam
tu lah perihal orang orang beriman. Orang yang beriman sentiasa
memandang kecil pada kerugian harta benda dunia yang tidak kekal itu,
sedang orang yang kurang imannya akan menganggap itulah kerugian yang
besar.
No comments :
Post a Comment