بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Musim peperiksaan semakin hampir , apakah kita sudah membuat persediaan yang cukup? kawan, jangan tak study untuk exam, nanti menyesal di kemudian hari =) di sini saya kongsikan beberapa tips dan doa yang boleh diamalkan sewaktu menjawab peperiksaan , semoga bermanfaaf
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
|
|
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan
seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan
lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh
tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
|
|
Tenang dan percayakan diri sendiri
|
|
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah
bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
|
|
Bersantailah tapi berhati-hati
|
|
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan
baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
|
|
Preview soalan-soalan terlebih dahulu
|
|
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu
peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata
kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap
soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang
sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang
akan digunakan sebagai jawapan.
|
|
Jawab soalan secara strategik
|
|
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang
anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang
tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
§ soalan
paling sukar,
§ yang
memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
§ mempunyai
markah sedikit .
|
|
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu
jawapannya sebelum menulis
|
|
Buat rangka karangan secara ringkas untuk
esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun
idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan
dulu.
|
|
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada
persoalannya
|
|
Tulis frasa pokok pada frasa pertama.
Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan
seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi
anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media
lain jika perlu.
|
|
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan
jawapan
|
|
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk
cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian.
Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda
untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan
matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda
titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan
pengiraan ringkas.
|
|
Analisa jawapan anda
|
|
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam
mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang
sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah.
Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T
DOA YANG BOLEH DIAMALKAN
|
No comments :
Post a Comment