بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Sahabat-sahabat yang dimuliakan dan dirahmati Allah sekalian, hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan satu bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadhan. Kamu semua tentu tahu ada satu solat yang hanya dikhususkan pada bulan Ramadhan sahaja iaitu solat Tarawih. Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai solat Tarawih. Semoga bermanfaat =)
Solat Tarawih
Pertama, solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan
sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat
Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam) yang dilakukan pada malam-malam bulan
lainnya.
Tarawih bermaksud beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan
berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah
untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang
bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan
selepas berbuka puasa.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan
dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan
keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut
kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat
disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
Sunnah Rasulullah SAW
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan
Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3
rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam
Malaysia.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW,
seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana
Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.
Tujuan
-Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
-Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
-Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Cara Agihan Solat Lapan Rakaat
Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat
yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap
dua rakaat satu salam.
Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat –
empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang
empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan
hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan
hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau
ayat-ayat dari al-Qur’an.
# Setiap cara Solat
Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat
Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
Hadis
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam
pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah
semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang
solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW
tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain
melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa
bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat,
jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian,
baginda solat tiga rakaat (witir).”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Sahihnya, no: 1147.
Aishah r.a.
meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu
malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan
melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu
telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka
untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi
hamba yang bersyukur?”
Sahabat-sahabat semua cubalah rebut peluang untuk menunaikan solat Tarawih ini. Sentiasa beristiqamah di dalam mengerjakan amal ibadat kepada Allah S.W.T ( jangan hanya pada bulan puasa sahaja ) dan SELAMAT BERPUASA kepada sahabat-sahabat sekalian terutamanya yang menuntut di IPG Kampus Ilmu Khas
No comments :
Post a Comment