بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
IKHTILAT.
Benda
Asas dalam Ikhtilat
Ikhtilat
datangnya dari perkataan arab yang secara mudahnya ialah “percampuran”.
Manakala dari segi syarak ialah “pergaulan dan percampuran antara lelaki dan
wanita ajnabi”.
Hukum
Ikhtilat
Bila
kita sebut tentang hukum, kita kena hati-hati, sebab sekali kita silap beri
hukum maka impaknya sangat bahaya! Apakah sebenarnya hukum ikhtilat ?
Hukum
asal ikhtilat ialah HARAM! Dan boleh jadi HARUS jika berlaku beberapa
perkara. Syeikh Abdul Karim Zaidan dalam
kitabnya ‘ al-mufassal fi ahkami al-mar’ah ’ yang popular menyatakan ikhtilat
hanya akan jadi HARUS jika berlaku beberapa keadaan yang mana, selain dari
beberapa keadaan ini hukumnya HARAM! Antara keadaannya :
v Darurat
Darurat
ini ialah dimana satu keadaan jika kita tidak buat perkara tersebut kita akan
mati atau berada dalam kedaan kritikal dan tidak mampu menyelesaikan masalah
tersebut melainkan dengan buat perkara tersebut.
Contohnya
kalau kita tengah panjat gunung, alih-alih ada seorang perempuan kaki kejang,
kemudian terjatuh, kita (lelaki) sempat sambut tangan perempuan tadi untuk
selamatkan dia dari terjatuh gunung dan mati. Boleh tak ? Time ni boleh tapi
cukup sekadar untuk selamatkan nyawa! Kalau dah selamat tiba-tiba jatuh cinta
bagai, saling berpandangan tersipu malu jadilah haram balik.
v Berhajat
Apa
yang dimaksudkan dengan hajat ialah kita tidak mempunyai jalan lain untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
Contoh
hajat dalam berikhtilat ialah :
Urusan
jual beli, melakukan kerja kehakiman, menjadi saksi, tujuan perubatan, melayan
tetamu bila ada suami, jihad, dalam kenderaan awam, menimba ilmu dari seorang
guru,dll.
Syarat
dan adab dalam berikhtilat.
Seperti
yang telah disebutkan, jika darurat dan hajat dibenarkan ikhtilat. TAPI, ada
beberapa syarat dan adab yang wajib dipatuhi yang mana kalau kita tidak patuhi
akan menjadi haram balik. Apakah dia syarat-syaratnya ? jom baca dan muhasabah
balik, adakah kita patuhi syarat-syarat ini atau kita telah langgar syarat ini
dan melakukan dosa tanpa kita sedar.
·
Syarat-syaratnya ialah :
ü Pertemuan
dan kerjasama hendaklah dalam suasana serius
ü Menahan
pandangan
ü Menghindari
berjabat tangan antara lelaki dan perempuan
ü Mengenakan
pakaian yang menepati syariat
ü Tidak
bersesakan dan elok jika ada pemisahan
ü Menghindari
khulwah
ü Tidak
terlalu lama dan berulang
ü Menghindari
tempat yang mencurigai dan perbuatan dosa
·
Dan syarat khusus wanita jika keluar
mengadakan pertemuan dengan lelaki:
ü Jika
bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang meenggoda atau manja
ü Berjalan
dengan sopan dan tertib
ü Elakkan
pergerakan yang manja
ü Tidak
memakai perfume
ü Serius
dalam berbicara
Sumber
: Tarbiah Sentap karya Adnin Roslan.
No comments :
Post a Comment