بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kerana Sabar, Pendeta
Yahudi Memeluk Islam
Selepas menziarahi
jenazah, seorang lelaki berketinggian sederhana, duduk di satu sudut bersama
sahabatnya Umar. Sedang termenung, tiba-tiba lelaki itu di datangi seorang
lelaki dengan wajah bengis. Lagak lelaki itu seperti sedang marah.
Tampa sepatah
berbicara, lelaki bengis tadi terus mencengkam leher jubah lelaki itu dengan
kasar.
“ Bayar hutangmu padaku. Aku tahu seluruh keluarga Abdul
Mutalib selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang! “ tengking lelaki
bengis dengan perasaan marah.
Walaupun mengetahui
tempoh membayar hutang masih berbaki, lelaki berketinggian sederhana itu tetap
tenang menghadapi lelaki bengis yang mahu mengutip hutang.
Namun, berbeza pula dengan air muka sahabatnya , Umar. Muka
sudah merah padam menahan kemarahan.
“ Hei! Kenapa kamu berkelakuan begitu pada sahabatku ?”
pekik Umar kepada lelaki bengis tadi.
Namun, sesuatu yang
pelik telah berlaku. Lelaki tadi tidak senang dengan cara rakannya Umar,
mengherdik lelaki bengis yang mahu meminta hutang
“ Aku dan dia, kami
sebenarnya lebih berhajat kepada selain daripada ini wahai Umar ! Kamu
sepatutnya menyuruh aku membayar hutangnya dengan baik dan menyuruhnya meminta
hutang dengan cara yang baik “.
“ Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan
kurma. Bayarlah hutang itu padanya. Tambahlah 20 gantang sebagai hadiah bagi
menghilangkan marahnya,” ujar lelaki tadi.
Tampa membantah,
Umar menurut permintaan rakannya. Setelah menerima bayaran hutang, lelaki
bengis itu bertanya pada Umar.
“ Hai Umar, kenalkah kau siapa aku? “ Tanya lelaki bengis .
“ Tidak, “ Umar menjawab ringkas
“Akulah Pendeta Zaid bin sa’nah, “ lelaki bengis tadi
memperkenalkan diri.
Mendengarnya Umar
terkejut. Manakan tidak, lelaki bengis itu rupanya seorang Pendeta Yahudi
“ Tapi kenapa engkau bertindak sedemikian kepada sahabat
yang paling aku kasihi? ” Soal Umar seerti keliru dan belum berpuas hati.
“ Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam
Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah. Selain dua perkara yang aku
sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu perasaan santunnya
selalu mengalahkan perasaan marahnya.
“ Makin marah orang padanya, makin bertambah kasih sayang
dia terhadap orang yang marah itu. Sebab itu , aku sengaja buat begini,
Sekarang aku sudah tahu dan melihat dengan sendiri kedua-dua sifat itu pada
dirinya.
“ Aku bersumpah di depanmu Umar, bahawa aku
bersungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai tuhanku, Islam sebagai
agamaku da Muhammad sebagai Nabi dan ikutanku, “ jelas si pendeta tadi.
Lantas pendeta tadi
mengajak Umar bertemu semula lelaki yang diamarahinya tadi. Sebaik sampai,
pendeta itu terus mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.
Siapakah lelaki
penyabar itu? Beliau ialah, Nabi Muhammad S.A.W. Kisah ini berlaku di antara
Rasulullah dengan Pendeta Yahudi , Zaid bin Sa’nah. Zaid dating bertemu
Rasulullah sebelum keislamannya
Tujuan kedatangannya
adalah semata-mata untuk menguji salah satu sifat kenabian, iaitu sifat lemah lembut
yang mengatasi sifat marah.
Ternyata Rasulullah
menunjukkan sifat yang lembut dan sabar apabila berhadapan dengan Zaid.
Disebabkan itu, Zaid bin Sa’nah memeluk Islam seterusnya menjadi pejuang Islam
sebelum syahid semasa Perang Tabuk.
No comments :
Post a Comment