Tuesday, October 27, 2015

Isteri-isteri Rasulullah S.A.W.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Isteri-isteri Rasulullah SAW :-
~ Khadijah Binti Khuwailid - seorang janda, dimana ketika itu Nabi SAW berusia 25 tahun manakala Khadijah berumur 40 tahun (Pengajaran : Tidak salah untuk berkahwin dengan seorang wanita yang janda atau yang berusia lebih tua)

~ Zainab Binti Jahsyi - Zainab pernah berkahwin dengan Zaid Bin Haritha iaitu anak angkat Nabi SAW tetapi dibenarkan Allah SWT (Surah Al-Ahzab ayat 37) untuk Nabi SAW memperisterikannya setelah Zaid menceraikan Zainab (Pengajaran : Dibolehkan berkahwin dengan seseorang itu selepas diceraikan dan cukup tempoh edah)

~ Aisyah Binti Abu Bakar - Dikahwini ketika Aisyah berusia 6 tahun tetapi cuma menjadi isteri yang boleh digauli ketika berusia 9 tahun (Pengajaran - Dibolehkan bernikah dengan seorang dara yang sudah cukup baligh)

~Juwairiyah Bin Al-Harith - Seorang hamba tawanan peperangan (Pengajaran - Tidak salah untuk berkahwin dengan seorang perempuan hamba tawan perang)

~ Zainab Binti Khuzaimah - Digelar Ummu Al-Masakeen kerana sikap beliau yang pemurah dan baik hati. Zainab pernah berkahwin dengan Abdullah Bin Jahsyi yang terkorban dalam peperangan Uhud (Pengajaran - Dibolehkan berkahwin dengan seorang janda kerana berasa simpati di atas pengorbanan suami yang syahid di jalan Allah)

~ Ummu Habibah - Beliau pernah berkahwin dengan Ubaidullah Bin Jahsyi. Kedua pasangan ini berhijrah ke Abyssinia (Ehtiopia) dimana kemudiannya Ubaidullah telah murtad kepada agama Kristian walaupun Ummu Habibah masih kekal di dalam Islam. Nabi SAW berkahwin dengan Ummu Habibah setelah Ubaidullah meninggal dunia (Pengajaran - dibenarkan untuk berkahwin dengan seorang itu demi untuk menyelamatkan akidah agamanya)

No comments :