Tuesday, October 27, 2015

Perkahwinan Rasulullah dan Aisyah

 
 
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakkatuh

Ni satu komen untuk dikongsikan,

"tapi mengapa harus budak kecik?? dunia besar, ada byk lagi wanita yg bijak dan cerdik spt aisyah, mana tau klu ada lagi cerdik dan bijak dari aisyah dan lebih matang. tidak kah wak rasa pelik?? adakah wak akan membenarkan ayah wak kawin dgn budak kecik spt aisyah utk menjadi ibu wak??? inila pikiran saya apabila belajar sejarah islam.." 

Aisyah r.a sendiri mengaku dengan kata-katanya, "Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita". (Sunan Tirmizi 3/4 17)


Kata Imam Syafie, "Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun". (Siyar A'lam Nubala 10/91)


Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.

Rasulullah berkata kepada Aisyah, "Aku melihat engkau dalam mimpi aku sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku : Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu adalah engkau. Lalu aku berkata, Jika ia adalah daripada Allah Taala, maka Dia akan meneruskannya". (Bukhari no:3682)

No comments :