Malaikat yang paling digeruni dan ditakuti adalah Malaikat Maut (Izrail) kerana kedatangannya menjemput nyawa setiap makhluk tidak dapat diketahui. Bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t: Ertinya:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mempercepatkannya." (Al-A'raf.34)
Betapa kerapnya Malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.
Seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai
mengingati mati. Tetapi oleh kerana Malaikat maut adalah makhluk ghaib,
manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari
apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Bahawa
Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali
sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang
itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala
untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak
ketawa."
Selain itu, Allah Ta'ala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi
memenuhi janji-Nya kepada Malaikat Maut, sebagaimana diriwayatkan oleh
Saidina Abbas r.a. dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang panjang. Antara
lain menjelaskan bahawa Izrail
merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk
bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah,
iaitu para rasul, para nabi-nabi, para wali dan orang-orang solihin.
Selain itu,
Malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh
keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh
manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan
sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
No comments :
Post a Comment