بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kau bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi ( darjatnya) jika kamu orang yang beriman ]
Ali Imran ayat 139
Bicara tentang formula redha, saya sendiri kelu untuk berbicara dan diri masih bersoal jawab dengan hati sendiri. okeh pertama sekali, apakah yang kita faham tentang redha. redha apabila kita tidak lagi bertanya kenapa.
kita manusia biasa, bukan kita tidak pernah berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha TAPI bila datang ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.
BAGAIMANA UNTUK REDHA ?
nak redha satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
kita perlu tanam sifat " berbaik sangka " dengan Allah. Terus terang saya cakap bersangka baik dengan ujian yang datang bertimpa-timpa.
Tapi tak semudah itu. Setiap kali ujian melanda, cuba positif, ada himah ini, jangan biarkan kesedihan itu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.
Menangis itu tak salah sedih itu tidak salah TAPI satu je percaya pada Allah.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah, lama-lama kita akan semakin positif.
Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha dan benar-benar ikhlas.
Bila ujian datang kita mampu mengukir senyuman walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Ya Allah, sesungguhNya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya, dunia sementara, ujian sementara dan derita sementara.
Syurga kekal, Nikmat kekal, Bahagia kekal, hanya disyurga.
Redha itu mudah saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNya. Menerima dengan berlapang dada, In sha Allah kamu boleh sahabat.
Andai selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan kita nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh tiada awak yang sekarang ini.

No comments :
Post a Comment