بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Sihat ? Saya dengar minggu ini ramai yang demam. Semoga cepat sembuh yea semua. Hari ini saya nak kongsi sikit mengenai hiburan dalam Islam.
Pertama, saya nak jelaskan bahawa, Islam ni best. Dia tak larang penganutnya untuk berhibur. Boleh berhibur TAPI ada batas-batasnya wahai kawan. Hiburan itu apa ? Hiburan adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita rasa seronok, hilang stress dan terhibur.
Ada orang bila memasak, dia rasa best gila dan dia rasa nak masak selalu. Maka ketika itu, memasak juga adalah satu hiburan untuk diri dia. Ada orang , bila dia main bola, dia rasa hilang gila stress, dan rasa happy dan rasa amat tenang dan bahagia! Maka ketika itu, bola adalah hiburan untuknya.
Jadinya hiburan ini ada yang wajib, ada hiburan yang sunat dan ada yang harus serta ada yang makruh malah ada yang HARAM. Maka kita jangan nak memandai mengharuskan yang haram, mewajibkan yang harus dan yang sama waktu dengannya.
Kali ni saya nak terangkan sedikit tentang hiburan wajib dan sunat. In sha Allah nanti saya sambung hiburan yang harus dan makruh serta yang haram.
1) Hiburan Wajib dan Sunat?
Apa hiburan yang wajib ? Hiburan yang wajib ialah IBADAH yang ALLAH wajibkan! Manakala, hiburan yang sunat adalah ibadah yang Allah sunatkan!
" Apa? Ibadah tu hiburan ke ? Pergh. Stress kot buat ibadah. Penat gila bapak ! Apahal kau kata ibadah tu hiburan ??!"
Ya. Ibadah adalah hiburan untuk orang yang beriman!!
Tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. Sahabat mampu menangis teresak-esak disebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. Ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.
Bahkan ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, dia tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata :
" Nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat ? Aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah "
Kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata :
" Kalau solat 50 waktu pun, kami sanggup buat !!!"
Kerana itu, ketika Hassan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hassan Albanna mengambil Al-Quran dan membacanya. Dan apabila ditanya :
" Wahai Albanna, kau tak nak rehat ke ?"
Hassan Albanna jawab :
" Sesungguhnya, membaca al-Quran adalah hiburan dan kerehatan aku..."
Kerana, bagi orang yang beriman, hiburan mereka adalah ibadah. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka pada Allah dibalas dengan Allah mencintai mereka. Mereka sanggup bersusah-payah, bermandi peluh dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah.
" Mereka terhibur melihat Allah terhibur dengan mereka..."
Persolannya, adakah hari ini kita rasa gembira , tenang, bahagia, ceria, terhibur, manis dan nikmat ketika melakukan ibadah ? Atau kita rasa terpaksa , benci, berpura-pura, malas, tertekan serta menyampah dengan segala suruhan Allah ?
Jadi marilah kita bersama-sama muhasabah diri.
sumber : Tarbiah Sentap.

No comments :
Post a Comment