بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sifat sabar amat penting dalam diri seorang individu tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Sifat sabar ini akan menjadikan seseorang individu lebih rasional dalam melakukan sesuatu keputusan kerana mereka tidak bertindak terburu-buru dan mengikut perasaan semata-mata. Oleh itu, marilah kita sama-sama melatih diri supaya menjadi seorang insan yang lebih bersabar dalam menghadapi apa jua cabaran sekalipun dalam dunia yang sementara ini.
- Mengakui bahawa diri masih jauh dari sifat sabar
- Menyedari bahawa dunia ini adalah hanya tempat persinggahan di mana Allah menguji hamba-hambaNya (medan ujian).
- Beriman, yakin dan menerima takdir yang telah Allah tentukan.
- Percaya bahawa ada hikmah pada setiap kejadian/ujian.
No comments :
Post a Comment