Tuesday, January 26, 2016

Rahsia Dhuha

  بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Waktu Dhuha mempunyai banyak keberkatan yang tersendiri, sehinggakan ada satu surah mengenai waktu Dhuha, iaitu surah ad-Dhuha yang mempunyai 11 ayat.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi - (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Ad-Dhuha Mengubat hati Rasulullah  S.A.W
Rasulullah resah. Beberapa hari Jibril tidak datang bertemu dengannya menyampaikan wahyu Allah. Seorang wanita Musyrik pula mengejek-ejek Baginda seolah-olah Tuhan telah meninggalkannya. Lalu Allah menurunkan surah Ad-Dhuha ini untuk memberi semangat baru dan mengubat hati kekasihNya. [Lubabun Nuqul, as-Suyuti]

 Intipati ad-Dhuha
1. Nikmat
    Nabi S.A.W bersabda:
Hendaklah kamu bersedekah kepada setiap sendi anggota tubuhmu pada setiap pagi. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh berbuat baik adalah sedekah dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat duha." (Riwayat Muslim)

2.Petunjuk
   Ketika Abu Umamah mengadu ditimpa keresahan dan hutang, Rasulullah mengajarnya untuk mengamalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat gelisah dan sedih, sifat lemah dan malas, sifat penakut dan kedekut serta aku berlindung kepada-Mu daripada hutang tak berbayar dan belenggu orang lain." (Riwayat Abu Dawud)
3.Kecukupan
Rasulullah bersabda bahawa Allah S.W.T berfirman:
"Wahai anak Adam, tunaikanlah solat empat rakaat pada permulaan siang (solat duha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sehingga akhir siang." (Riwayat Abu Dawud)

No comments :