Friday, February 5, 2016

Agama bukan solat je....

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Pengertian Islam



✍ Sudut Bahasa :
✔️ Dari bahasa arab - سلم (salima) : kesekahteraan

✍ Islam - pelaksanaan kelima-lima rukun Islam yg difardhukan ke ats setiap muslim
✔️ "Wahai Muhammad, ceritakan kpdku ttg Islam. Rasulullah saw bersabda : Engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan kpd Allah & Muhammad sbg pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bln Ramadhan & melaksanakan haji bg yg mampu".

✍ Islam - tunduk & menyerah diri kpd Allah tanpa dipaksa
✔️ "Apakah mereka mncari agama yg lain dari agama Allah pdahal kpdNya menyerah diri sgala apa yg ada diblangit & bumi, baik dgn suja mahupun trpaksa & kpd Allah mereka dikembalikan" (Ali-Imran : 83)

✍ Islam - peraturan, perundangan hidup yg lengkap & mnjdi dasar akhlak mulia oleh Rasulullah
✔️ "Dan brgsiapa yg mencari selain drpd Islam maka dia tidak akn diterima drpdnya & di akhirat nnti dia trmasuk dikalangan orang2 yg rugi" (Al-Imran : 85)

✍ Islam - kumpulan peraturan yg diturunkan oleh Allah kpd RasulNya, yg terkandung dlm peraturan2 yg berbentuk aqidah, akhlak, muamalat & segala berita dlm alQuran & Sunnah adlh perintah utk disampaikan kpd manusia

✍ Islam - trkandung di dlmnya perkara2 berhubung dgn aqidah, amalan & hukum yg disertai dgn kepatuhan scara zahir & batin dgn penuh ikhlas

✍ Islam - jawapan kpd 3 pertanyaan yg dikemukakan kpd stiap manusia :

✔️ Dari mana ia dtg?
Hajj : 5, Mukminun : 12-14, Tariq : 5

✔️ Mengapakah ia dijadikan?
Az-Zariyat : 56

✔️ Ke manakah ia dikembalikan?
Ar-Rum : 11




Syariah Al-Islamiyyah

🐝TAKRIF🐝

Semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambaNya sama ada hukum2 ini diperundangkan melalui Al-Quran atau sunnah Nabi dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda.

🐝CIRI2 KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAMIYYAH🐝

Rabbaniyyah

Perundangan Syariah adalah diwahyukan drpd Allah dan bukan undang2 ciptaan manusia.

Natijah drpd ciri Rabbani dalam Syariah Islamiyyah :
- hukum hakam bersih dari sgla bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu krna penciptanya adalah Allah. Undang2 duniawi mempunyai kelemahan kerana dicipta oleh manusia
- mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang2 yang beriman. Atas dasar inilah ia ttp dipatuhi dengan rela hati yang didorong oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam

Alamiyyah (universal)

Relevan digunakan tidak kira masa dan tempat. Bukan perundangan untuk satu jenis manusia, bangsa, negara dan kabilah tertentu tetapi sesuai untuk sekalian alam.

Kekal

syariat Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan syariat Islam terakhir dan penutup syariat2 samawi.

Syumul

mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, aqidah, hubungan manusia dgn Tuhannya, hubungan manusia dengan manusia.

kesyumulan Islam dapat dilihat pada 3 kelompok ;
- hukum2 berkaitan aqidah.
- hukum2 berkaitan akhlak
- hukum2 berkaitan dgn perkataan dan perbuatan manusia

Kemanusiaan

bersifat kemanusiaan dan selari dengan fitrah manusia

Keadilan mutlak

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pd tempatnya. Rasulullah prnh kata kpd para sahabat ; seandainya aku tahu bahawa anakku Fatimah mencuri, akanku potong jua tangannya.

Kesimpulannya, menjadi kewajiban kita sebagai hamba yang hidup atas muka bumiNya untuk melaksanakan syariatNya. Malulah sekiranya kita tumpang hidup scra percuma di bumi ni tapi tak ikut apa peraturan yg Tuhan tetapkan. Wallahu'alam..
🎋TASAWWUR ISLAM YG SEBENAR(Gambaran Islam Yg Sebenarnya)🎋

islam itu adalah sistem kehidupn
islam bukan hnya pada amal2 agama(adat)
prkahwinan
solat
puasa
brkhatan
mjlis cukur
Jmbul
islam adalah 'cara hidup' yg merangkumi semua aspek kehidupn manusia dri sekecil- kecil prkara(masuk tandas, pakai baju, masuk kenderaan) Hingga la ke sebesar-besar perkara (perundangan, pemerintahan, ekinomi) semuanya Allah(alquran) dn rasull(assunnah) ada tnjuk cara mengikut acuan Islam..

🔮Islam Sebagainya ad-Deen🔮
merangkumi aspek2 berikut:-
Aqidah
- keoercayaan kpd Allah
Ibadah
- pengabdian kpd Allah
Akhlak
- sifat2/keperibadian diri
perundangan
- syariat islamiyah
Kebudayaan
- Imej islam
Ilmu Pengetahuan
- menghapus kejahilan
Ekonomi
- kewangan Islam
Politik kenegaraan
- kepimpinan/organisasi
Dakwah
- seru/ajak
muamalah
- Sosial
Jihad
- Kesungguhan
- Usaha
- Perjuangan
Sistem Kekeluargaan
- Asas Msyarakat yg kukuh

So, kita perlu ambik(amalkn) Islam secara keseluruhan bukan ambik(amalkn) separuh2, cth, klu kawin kita guna cara Islam tapi bila bab Ekonomi x ikut cara islam..

Islam yg Memandu kita bukan kita yg Memandu islam

No comments :