بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah ke guru faham
perasaan pelajar ???
Murid tak
datang kelas tambahan , guru kecewa. Biasanya murid yang disalahkan. Tidak mahu
bersusah payah. Tidak mahu berusaha. Cikgu letih-letih adakan kelas tambahan
tapi tak nak hadir. Cikgu buat kelas tambahan untuk murid tapi … murid tidak
ambil peluang. Bukannya kena bayar pun.
Persoalan
saya.. jika pelajar hadir ke kelas tambahan itu, berapa ramai guru yang puji
tindakan mereka?. Berapa ramai guru yang tahu kesusahan atau kepayahan yang
terpaksa ditempuhi oleh murid apabila hadir kelas tambahan yang biasanya di
luar waktu sekolah? Berapa ramaikah guru yang akan memuji kegigihan
mereka itu?
Kadang
kala kita terlepas pandang perkara-perkara kecil seperti itu. Seringkali
apabila murid tidak hadir ke sekolah apatah lagi kelas tambahan, mereka sering
disalahkan. Kemungkinan benar, ada yang memang corot akhlak dan menyebabkan
corot akademik. Jadi, tiada motvasi untuk belajar.
Namun,
bagaimana dengan mereka yang menghadapi cabaran yang besar untuk belajar?
Bagaimana dengan mereka yang dibelenggu masalah keluarga dan kemiskinan
yang menyebabkan mereka menjadi tidak bersemangat untuk meneruskan perjuangan?
Sememangnya
semua itu di luar bidang kuasa pendidik. Namun ada perkara yang boleh dilakukan
oleh guru iaitu sentiasa menjadi pendorong mereka. Dan yang lebih baik ialah
guru mendorong mereka untuk mendorong diri sendiri untuk berusaha dan untuk
mencapai kejayaan. Nabi Muhammad telah menunjukkan caranya. Langkah pertama
dalam mendorong murid untuk mendorong diri sendiri ialah langkah yang paling
mudah iaitu memuji mereka.
No comments :
Post a Comment