بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا
Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.(Surah al-Maidah:3)
HIBURAN ITU INDAH
Tidak salah untuk berhibur. Ini diakui sendiri oleh Rasulullah SAW sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a :
“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan.” (Riwayat Muslim)
Di dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa Saidatina ‘Aisyah r.a. pernah membawa seorang pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki dari kaum Ansar, maka Nabi SAW bertanya:
“Wahai ‘Aisyah,tidak adakah hiburan pada mereka sebab orang-orang Ansar itu menyukai hiburan?” (Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Hadis ini menunjukkan bahawa secara umumnya, hiburan itu adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam.
Namun Islam telah menetapkan bahawa ia mestilah dilakukan secara sederhana dan tidak keterlaluan sehingga melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT.
Hal ini,Prof Dr. Yusuf al-Qardhawi telah memberikan beberapa garis panduan yang harus dipelihara ketika berhibur terutamanya hiburan yang berbentuk nyanyian,antaranya :-
1. Tema atau isi kandungan lagu itu sesuai dengan adab dan ajaran Islam.
2. Tidak boleh mengalunkan suaranya dengan tujuan membangkitkan rangsangan berahi.
3. Tidak ada percampuran bebas antara lelaki dan wanita dan sbgainya.
Garis Panduan Mengadakan/Menghadiri Acara Konsert / Persembahan Dan Hiburan Dalam Islam
Di sini terdapat 7 garis panduan yang boleh kita ikut :
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, menghina para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika penyanyi itu dari kalangan wanita dan apa-apa yang berkait dengan wanita maka persembahan itu hendaklah tertutup. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.
GARIS PANDUAN
10. Garis yang memisahkan sama ada hiburan itu dibolehkan atau sebaliknya
menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankanke arah kesejahteraan umat manusia serta menolak sebarang kerosakan.Unsur yangmempromosikan pemikiran atau kefahaman ajaran selain daripada Islam hendaklah dielakkandalam program hiburan menurut perspektif Islam.
7
(1) Artis
- (a) Keperibadian
- Peribadi yang mulia dan akhlak yang baik hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada di luar persembahan sesuai dengan mesej yang dibawa;dan
- Tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama adadi bawah undang-undang syariah atau sivil.
- (b) Penampilan
- Penampilan yang sopan dan beradab hendaklah sentiasa dikekalkanwalaupun berada di luar persembahan;
- Berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaianyang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidakbercanggah dengan kehendak Islam;
- Adab berpakaian, tatarias dan dandanan rambut yang tidak menyerupaijantina yang berlainan; dan
- Hiasan dan dandanan hendaklah pada kadar yang bersesuaian dansederhana sesuai dengan uruf masyarakat.
(a) Seni Pentas
- Ucapan, gerak laku dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang dapat ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yangbertentangan dengan akidah, syariah dan nilai-nilai Islam;
- Sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa hendaklah sentiasadipelihara;
- Dalam keadaan yang bersesuaian untuk mengelakkan rasa tidak disenangioleh orang yang mendengar dan menonton;
- Plot penceritaan yang bukan realiti dan berasaskan khayalan adalahdibenarkan untuk menyampaikan sesuatu mesej yang baik;
- Lawak jenaka hendaklah berpada-pada dan tidak melampaui batas iaitusehingga membawa kepada ketawa yang melampau;
- Lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan padaperkara yang perlu ditangisi;8
vii. Tidak mengandungi unsur pendustaan pada sesuatu fakta, kata-kata kesat,lucah atau fitnah;
viii.Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadapmana-mana individu atau organisasi;
- Tidak mengandungi unsur keganasan;
- Tidak menimbulkan trauma atau gangguan emosi;dan
- Tidak melakonkan watak menyerupai jantina yang berlainan.
- (b) Nyanyian
- Gerak laku, nyanyian, ucapan dan sebagainya yang tidak mengandungisimbol-simbol yang dapat ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yangbertentangan dengan ajaran dan nilai-nilai Islam;
- Berinteraksi dengan penonton secara sopan sama ada melalui perkataanatau perbuatan;
- Keadaan fizikal, mental dan emosi penyanyi berada pada tahap yang baik;
- Persembahan diadakan dalam keadaan yang terkawal; dan
- Tingkah laku tidak liar serta melampaui batas.
- (c) Tarian
- Gerak tari tidak mengandungi simbol-simbol yang dapat ditafsirkan samaada secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariahdan nilai-nilai Islam;
- Unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsungkepada sesuatu makhluk atau peribadi lain hendaklah dielakkan;
- Selari dengan kehendak syarak dan uruf masyarakat setempat;
- Penampilan diri tidak terdedah kepada eksploitasi penonton danbercanggah dengan kehendak Islam;
- Gerak tari yang tidak menimbulkan fitnah atau memberahikan walaupundipersembahkan oleh pasangan yang sah atau bersama mahram;
- Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahanyang boleh menimbulkan fitnah; dan
- Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadapagama dan budaya masyarakat tertentu.
9
(3) Lagu
- (a) Lirik
- Mengandungi kebaikan dan nilai-nilai murni;
- Memberi kesedaran dan membawa kepada keinsafan;
- Selari dengan adab kesopanan;
- Sensitiviti mana-mana agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasadipelihara;
- Boleh menggunakan terjemahan al-Quran dan hadith dengan menjagaadab yang selaras dengan syarak;
- Ayat-ayat al-Quran tidak boleh dijadikan lirik lagu melainkan dengankaedah iqtibas;
- Nasyid berbentuk doa adalah diharuskan;
- Tidak digalakkan menggunakan matan hadith kerana bimbang berlakukesalahan pada sebutan yang boleh membawa perubahan pada makna;
- Tidak mengandungi kalimah syahadah yang tidak sempurna;
- Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi terjemahan al-Qurandan hadith untuk tujuan yang salah;
- Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi kalimah-kalimah sucidalam Islam untuk tujuan yang salah;
- Tidak mengandungi ungkapan mengutuk nasib dan mempersoalkanketentuan Allah;
- Tidak mengandungi pemujaan kepada makhluk dan peribadi lain;
- Tidak mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambangkata yang ditafsirkan lucah;
- Tidak mengandungi unsur maksiat atau membawa kepada pelakuan yangdiharamkan;dan
- Tidak mengandungi unsur penghinaan, aib, cacian, fitnah dan merendah-rendahkan seseorang.
- (b) Peralatan Muzik
- Harus menggunakan peralatan muzik yang diharuskan oleh syarak dalammajlis-majlis perkahwinan atau keraian tertentu.
- Tidak boleh digunakan untuk mengiringi bacaan al-Quran;
iii. Tidak boleh digunakan untuk mengiringi apa-apa program yang diadakandi dalam dewan solat masjid dan surau serta di kawasan serambi masjid.
(c) Unsur Muzik
- Mendorong kepada suasana positif;
- Menyuntik ketenangan;
- Membangkitkan semangat yang baik;
- Tidak melambangkan pemujaan atau yang dianggap sakral oleh penganutagama lain;
- Tidak mendorong kepada kekacauan dan ketidakseimbangan pemikiransehingga boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah;
- Tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaranIslam;
- Tidak mengganggu ketenteraman masyarakat awam; dan
- Tidak membawa kepada perbuatan maksiat.
Penganjuran Program Hiburan
- (a) Program hiburan yang dianjurkan hendaklah mengambil kira aspek-aspekberikut:
- Manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat;
- Tempat yang bersesuaian;
- Masa dan hari yang bersesuaian yang tidak menyentuh sensitiviti ajaranIslam dan masyarakat; dan
- Mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum sesuatu program dianjurkan.
- (b) Program yang dianjurkan tidak mengandungi perkara-perkara berikut:
- Unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaranIslam secara langsung atau tidak langsung;
- Perbuatan yang diharamkan dalam Islam atau maksiat serta perkara yangboleh mendorong kepada keadaan-keadaan tersebut;
- Keadaan yang membawa kepada kekacauan atau gangguan terhadapketenteraman awam;
- Acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudisatau permusuhan;
- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa mengadakan latihan atau raptai;
- Percampuran antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton; dan
- Pembaziran dalam penganjuran program.
Klip Video
- (a) Rakaman klip video hendaklah mengambil kira aspek-aspek berikut:
- Rakaman visual diadakan dengan tujuan yang baik;
- Selari dengan garis panduan yang terkandung dalam perkara (1) Artis, (2)Persembahan, (3) Lagu dan (4) Penganjuran Program Hiburan mengikut‘tatabahasa visual’;
- Paparan visual mengandungi nilai-nilai yang baik dan membina mindaserta akhlak yang mulia; dan
- Paparan visual adalah sopan, teratur dan diterima mengikut ‘tatabahasavisual’.
- (b) Klip video juga hendaklah tidak mengandungi aspek-aspek berikut:
- Unsur-unsur penghinaan terhadap individu dan kepercayaan masyarakattertentu, agama, bangsa dan negara;
- Paparan syot (foto atau gambar) yang tidak sopan dan syot-syot yangmelanggar nilai dan etika Islam;
- Gangguan kepada kesihatan emosi, mental dan pancaindera tertentu;
- Simbol visual yang secara tersurat atau tersirat yang bertentangan denganakidah, syariah dan nilai etika Islam; dan
- Paparan yang negatif sama ada dari segi gerak geri atau bahasa yangboleh merangsang peniruan kepada golongan tertentu
https://www.facebook.com/notes/fitri-haris/garis-panduan-hiburan-jakim-copyright-jakim/832202920193626/
No comments :
Post a Comment