Tuesday, February 16, 2016

Perginya Beliau Tiada Pengganti

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen...”
"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya."



“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah..."
"Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangan dengan lebih meluas.."



"Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Baik manusia hebat mana pun, semuanya akan didedah rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat.."



"Teruskan Perjuangan Saya Selepas Saya Tiada."
Allahyarham Tok Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015).

Allahyarham Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) (Jawiنئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul AmParti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

No comments :