Tuesday, March 1, 2016

APA PERLU BUAT ?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini kita akan berkongsi sedikit mengenai soalan-soalan yang sering ditanya mengenai solat. Mari kita lihat jawapan-jawapan yang diberikan. 



1.Adakah perlu kita memperdengarkan bacaan Fatihah kita atau cukup dengan
 menggerakkan bibir ? 

Wajib kita menggerakkan bibir sehingga telinga kita mendengar bacaan itu sekiranya tidak ada halangan bunyi yang lain. Sekiranya ada halangan, kita perlu menggerakkan bibir seperti biasa dan tidak perlu melawan bunyi tersebut. Imam Nawawi berkata : "Tidak dikira sedikit pun daripada man-mana bacaan solat sehingga dia memperdengarkan dirinya sekiranya elok pendengarannya dan tidak ada halangan bunyi yang lain."

2. Jika seseorang itu terlebih rakaat, kemudian teringat ketika rakaat yang terlebih itu. Apa yang perlu dia buat dan adakah perlu sujud sahwi

Imam Imarani as-Syafi'i berkata : "Dan sekiranya seorang itu bangun ke rakaat dengan tidak sengaja, kemudian dia teringat semasa berdiri, rukuk atau sujud maka wajib dia kembali untuk duduk tahiyat akhir. Dia perlu sujud sahwi berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwatkan oleh Ibnu Mas'ud r.a., mafhumnya : " Sesungguhnya Rasulullah solat Zuhur lima rakaat. Kemudian ada yang bertanya : " Adakah solat Zuhur sudah menjadi lima rakaat ?" Nabi Muhammad : " Kenapa tanya seperti demikian ?" Sahabat itu berkata : " Engkau telah solat lima rakaat." Lalu Nabi Muhammad sujud sahwi selepas salam." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

3. Apabila seorang itu bangun lambat sehingga terlepas solat Subuh, adakah wajib dia segera qadhanya ?

Sunat menyegerakan qadha solat, tetapi tidak berdosa melewatkannya. 
Sebuah hadis daripada Abu Qatadah : "Orang yang mula-mula bangun ialah Rasulullah dan matahari sudah ada di belakangnya ( sudah terbit ). Kami pun bangun dengan segera. Kemudian Baginda bersabda , " Naik kenderaan." Maka kami pun naik dan samapailah matahari naik kami pun singgah di suatu tempat. Baginda minta bekas yang berisi air. Kemudian Baginda berkata kepada Abu Qatadah, " Jaga bekas airmu ini. Akan ada berita tentang bekas ini. " Kemudian Bilal azan , Rasulullah pun solat dua rakaat sunat dan solat Subuh. Baginda melakukan rutin ibadah kebiasaan seperti mana Bginda buat setiap hari."( Riwayat Muslim )
Imam Syirazi, ulama mazhab Syafi'i berkata dalam kitab Al-Muhazzab : " Dan sunat seorang itu mengqadhakan solatnya dengan segera berdasarkan hadis yang telah kami sebut. Sekiranya dilewatkan hukumnya harus." 

Sumber : Q&A ISU 37

No comments :