Mengapa ada Doa Tidak Ditunaikan?
Tidak bererti memberikan apa sahaja yang diminta.
Contoh,
apabila anak berumur tiga tahun menangis hendak bermain gunting tajam,
si ibu mesti tidak memberikan gunting itu kepadanya. Tetapi, apabila
anaknya yang berumur 10 tahun minta dibelikan gunting bagi menyelesaikan
kerja sekolah, si ibu pasti menunaikan kehendak anaknya itu. Si ibu
ataupun bapa tidak memberi gunting kepada anak berumur tiga tahun kerana
sayang kepadanya.
Allah SWT tidak memberi semua perkara yang kita minta bukan kerana perkara yang hendak diberikan itu tidak cukup. Allah SWT kan maha kaya, maha mencipta dan serba ada. Nabi Muhammad SAW pernah berkata, "Pada hari Allah mencipta langit dan bumi, Allah SWT yang maha tinggi mencipta 100 perasaan belas kasihan. Setiap satu perasaan itu memenuhi lapisan antara langit dan bumi. Kemudian Allah SWT jadikan satu daripadanya sebagai perasaan belas kasihan di bumi. Dengan belas kasihan itu, ibu menyayangi anaknya dan binatang buas serta burung-burung saling menyayangi sesama mereka. Apabila berlaku Hari Kiamat, Allah SWT sempurnakan belas kasihan yang selebihnya." -Muslim
Allah SWT tidak memberikan sesetengah perkara kerana Dia Maha Bijaksana. Dia lebih tahu apa yang baik buat kita kerana dia yang menjadikan kita. Dia memberikan kepada kita pada masa yang paling sesuai bagi kita menerimanya.
No comments :
Post a Comment