Saturday, March 19, 2016

INFO SIHAT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini kita kongsi sedikit tentang info sihat.
 Antara makanan yang boleh membantu anda 'bakar' lemak lebihan yang tidak diingini di bahagian paha. 
Selain bersenam, faktor makanan antara yang penting untuk dapatkan tubuh yang sihat. Lemak di bahagian paha pastinya menganggu penampilan seseorang. Namun, terdapat tip di sini yang berupaya memberikan sedikit idea agar mengamalkan pemakanan yang sihat. 


1. SUSU RENDAH LEMAK

Jika ingin menurunkan berat badan, jadikan susu sebagai sebahagian daripada diet anda. Seimbangkan produk susu yang minum dengan memilih jenis yang rendah lemak. Selain untuk kesihatan, susu rendah lemak bagus untuk menurukan berat badan. 


2. TELUR

Mungkin ramai akan terkejut dengan fakta ini. Kita sedia maklum mengenai telur yang kaya dengan sumber kolestrol tetapi jika kita bercakap perihal makanan berprotein, putih telur berada di tangga teratas. Disarankan, makan putih telur dalam kuantiti dua hingga tiga biji sehari untuk mendapatkan tenaga sekaligus melakukan senaman membakar lemak di paha. 


3. KACANG DAN BIJIAN

Kacang dan bijian pilihan terbaik untuk dimakan setiap hari. Biji tembikai merupakan salah satu contoh yang dapat memberikan tenaga dan protein untuk membantu aktiviti membakar lemak dengan mudah. 
Selain itu, kacang dan bijian bagus untuk penghidaratan tubuh, zat lain yang ada dalam buah-buahan juga dimanfaatkan untuk tubuh badan. 

Cuba tip ini dan gabungkan dengan senaman yang konsisten. Selamat Mencuba semua !!!


Sumber : Harian Metro

No comments :