بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Adab menuntut ilmu
Menuntut
ilmu merupakan suatu ibadat dan juga jihad pada jalan Allah SWT. Manusia yang berilmu dipandang mulia oleh
masyarakat dan akan meningkatkan martabat umat Islam. Hukum menuntut ilmu
adalah wajib bagi setiap orang Islam seperti sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, “ Menuntut ilmu adalah wajib bagi ke atas setiap
orang Islam.”
Berikut
di antara adab yang perlu diberi perhatian ketika menuntut ilmu.
1) Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu
Dalam
menuntut ilmu kita harus ikhlas kerana Allah Ta’ala kerana seseorang tidak akan
mendapat ilmu yang bermanfaat jika tidak ikhlas kerana Allah. Memang agak susah untuk ikhlas dalam belajar
tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular
yang banyak mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang
dipelajari bukan sekadar mendapatkan tempat dan kedudukan tetapi untuk menjauhkan
diri daripada kejahilan. Ilmu yang bermanfaat mampu menjadi perisai diri dalam
mengharungi arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada diri.
2) Tekun berusaha dan tawakkal
Kita
perlulah bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa
dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan ilmu yang dieplajari
dan ilmu yang bakal dipelajari. Masalah ini dapat diatasi dengan membaca nota
atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar ceramah ataupun sedikit
tazkirah.
3) Menjauhi maksiat
Kita
mestilah menghidupkan budaya amar makruf nahi mungkar dalam diri dan suasana sekeliling
mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang
mana tidak dipat diperolehi jika diri kita sentiasa bergelumang dengan
naji-najis dosa.
4) Memilih rakan yang soleh
Kita
hendaklah bijak memilih kawan kerana kawan yang baik mampu membawa kita ke arah
kebaikan dan jalan yang diredhai Allah. Hal ini demikian kerana, kawan yang baik
akan sentiasa menasihati antara satu sama lain ke arah kebaikan.
5) Banyakkan zikir
Kita
perlu memastikan solat lima waktu kita dijaga dengan baik dan mengamalkan wirid
serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulamak sufi begitu
menitikberatkan perkara wirid ini kerana mampu menghidupkan hati yang mati dan
berupaya menghadirkan perasaan ingin memuhasabah diri dengan amalan
seharian.
6) Mendapat keredhaan daripada ibu bapa
Kita
hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa dan menghormati mereka dalam
setiap perkara selagi tidak menyalahi syariat Islam. Kita perlulah sentiasa
berhubung dengan mereka dan mengambil berat serta mendoakan kejayaan mereka di dunia dan
di akhirat. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa
terhadap kita.
7) Menghormati
guru
Kita
juga wajib menghormati guru dan mematuhi segalan arahannya selagi mana tidak
meyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun pendapat kita
mungkin berbeza. Kita janganlah menganggap guru hanya di sekolah, universiti
atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap mereka sebagai
pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walau di
manapun berada.
8) Beramal
dengan segala ilmu yang diperoleh
Kita
perlu mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu. Ulama
silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal
dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka terlebih dahulu daripada
mereka yang menyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng
daripada terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan jadikanlah juga sebagai
senjata dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikanlah sebagai ubat
yang mujarab dalam menyembuhkan penyakit.
No comments :
Post a Comment