Wednesday, November 11, 2015

Al-Wahan; Cintakan Dunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". [HR Abu Daud]
Al-Wahan adalah satu penyakit hati iaitu cintakan dunia dan takut pada kematian. Penyakit Wahan ini akan menyebabkan seseorang mudah terleka dengan duniawi dan lupa pada kehidupan di akhirat kelak. Penyakit wahan ini disebabkan oleh banyak faktor sekeliling kita.

1. Sifat materialistik. 
Terlalu mementingkan harta benda sehingga kehidupan ini dijadikan satu tempat untuk mengumpul dan mengejar harta tanpa melakukan ibadat ataupun lalai dalam mengingati mahupun  melakukan kewajipan sebagai seorang hamba Allah.

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
Surah Yusuf, ayat 53 [12:53]

2. Nafsu yang tidak dapat dikawal.  
Keinginan dan kecenderungan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara. Sekiranya nafsu itu cenderung terhadap suatu perkara yang negatif maka diri ini akan cenderung melakukan perkara tersebut sekiranya tidak dihalang dan hal ini lah yang sering menjadi punca kepada penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan penyakit Wahan ?
Dekatkanlah diri kepada Allah. Tuntutlah ilmu di jalan Allah. Perbetulkan niat dalam melakukan sesuatu perkara; niatkan kerana Allah bukan kerana ingin menjadi senang di dunia, bukan kerana ingin mempunyai harta yang banyak dan bukan kerana ingin membeli dan mengumpul gajet yang 'latest'  pada masa kini kerana itu semua mendekatkan kita kepada penyakit hati ini. 
Tepuk dada, tanyalah iman.

No comments :