Tuesday, November 17, 2015

TANDA-TANDA KIAMAT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Petanda Akhir Zaman

                Ketika seseorang memikirkan fenomena luar biasa ini, dapat difahami bahawa hal ini serupa dengan fenomena alam yang dinyatakan sebagai petanda dari Zaman Akhir. Menurut hadis :   ‘ Zaman Akhir adalah suatu masa yang akan datang menjelang terjadinya Hari Kiamat. ’
                
Peristiwa ini dimulai ketika al-Quran dijadikan nyanyian yang tersebar luas dalam masyarakat, tetapi manusia menjauhkan diri dari nilai-nilai dan ajaran al-Quran itu, ketika peperangan semakin meningkat dan fenomena alam luar biasa terjadi, banyak kota-kota dan bangsa-bangsa yang dilenyapkan dari lembaran sejarah. Dalam hadis Nabi SAW yang memberi erti : ‘ Saat ( Hari Akhir ) tidak akan terjadi sehingga gempa bumi sering terjadi.’ ( Hr. Bukhari )

Tanda-Tanda Hari Kiamat

                Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup sama ada manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan memiliki tanda-tanda akhir kesudahan hidupnya di dunia. Antara tanda dekatnya kematian manusia adalah rambut akan beruban, tua, sakit dan menjadi semakin lemah. Begitu juga yang akan terjadi kepada haiwan. Manakala tumbuhan, daunnya akan bertukar warna kekuningan, kekeringan dan jatuh ke tanah. Demikian juga dengan alam semesta yang memiliki tanda-tanda akhir zaman seperti kehancuran, kemusnahan dan kerosakan.

                Al-Quran banyak menyebut tentang kejadian pada hari kiamat. Terjadinya kiamat adalah perkara yang ghaib. Hanya Allah sahaja yang tahu dan tidak ada satu pun makhluk mengetahui bila terjadinya kiamat, baik para nabi mahupun malaikat.

                Allah SWT berfirman, ‘ Sesungguhnya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat ; dan Dia yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang dikerjakan esok. Dan tidak ada seorangpun yang dapat mengetahui bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya , Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.’  ( Luqman : 34 )

                Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil. Tanda kiamat kecil adalah yang datang sebelum kiamat dengan waktu relatif yang lama dan kejadian biasa seperti dikurangkan ilmu, berlumba-lumba dalam membangun dan lain-lain lagi. Sebahagiannya akan muncul menyertai kiamat besar atau sesudahnya. Tanda-tanda kiamat besar adalah perkara yang besar yang muncul mendekati kiamat yang tidak biasa terjadi seperti muncul Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj serta terbit matahari dari sebelah Barat dan lain-lain.


                Terdapat perbezaan pendapat para ulama tentang permulaan tanda kiamat besar namun Ibnu Hajar berkata, ‘ Yang kuat dari sejumlah berita tanda kiamat ialah keluarnya Dajjal adalah tanda-tanda kiamat besar yang awal dengan terjadinya perubahan secara meyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s. sedangkan terbitnya matahari dari sebelah Barat adalah awal bagi tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat.’ Ibnu Hajar melanjutkan,’ Hikmah dari kejadian ini bahawa ketika terbit matahari sebelah barat maka TERTUTUPLAH PINTU TAUBAT’. ( Fathul Bari)



Antara Tanda Kiamat Kecil :

·         Seseorang mensia-siakan amanat yang diberikan
·         Baitul Maqdis dikuasai Umat Islam
·         Banyak terjadi pembunuhan
·         Munculnya Kaum Khawarij
·         Perang antara Yahudi dan Umat Islam
·         Fitnah berleluasa
·         Banyaknya terjadi perzinaan
·         Kaum wanita semakin ramai
·         Banyaknya aktiviti riba dan harta haram


Antara Tanda Kiamat Besar :


  •   Turunnya Nabi Isa
  •  Munculnya Imam Mahdi
  •   Kemunculan Dajjal
  •   Kemunculan Ya’juj dan Ma’juj
  •   Dukhan ( kabut asap)
  •    Matahari terbit dari sebelah Barat
  •   Terdapat tiga gerhana iaitu gerhana di Timur, Barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar



                        Ayuh teman-teman kita bersama-sama taubat sebelum terlambat. 

No comments :