Friday, February 12, 2016

5 Tips Agar Jiwa Tabah Menghadapi Ujian Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA.
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanyalah sekali. Jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna. Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Kita harus sedar yang terbaik bagi kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut pandangan Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang kehidupan adalah terbatas manakal pengetahuan Allah meliputi segalanya. Sehingga betapa pun kita menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi segalanya kenyataan yang bakal berlaku.

REDHA
Reality hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan ikhlas. Itulah kenyataan dalam episode hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah samaada kita tertekan dan tidak gembira, ia tetap begitu jadinya. Maka, adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang terjadi dengan hati yang tebuka. Pahit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya kerana itulah hakikat kehidupan.

INGAT JANJI ALLAH
Hidup ini umpama siang dan malam yang silih berganti. Malam tidak akan berterusan begitu juga dengan siang. Setiap kesenangan pasti ada hujungnya begitulah juga setiap masalah pasti ada pengakhirannya. Ujian yang telah diturunkan oleh Allah kepada kita telah diatur seadil-adilnya dan kita perlu sabar menghadapinya. Tak mungkin ujian yang menimpa itu melampaui batas kemampuan kita kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya. Kita harus berani menghadapi semua mehna masalah ujian demi ujian. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala: “Fa innama’al usri yusran, innama’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.

PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang tejadi, samaada baik atau buruk adalah atas ketentuan Allah dan pastinya semua itu tidak sia-sia. Setia sesuatu perkara itu pasti ada himah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung pasti ada keindahan yang terselit di dalamnya jika terima smua dugaan dengan sabar dan redha. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan atau kelemahan yang kita lakukan. Sebaliknya jadikanlah ianya sebagai kayu pengukur untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Maha pencipta.

ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Maka kita harus bermunajat dan menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan mendekati Allah adalah amalan yang disukaiNya. Bebaskan hati dan diri daripada mengharap selain daripada Allah Ta’ala. Sesungguhnya Allah merindui hambaNya untuk meminta daripadaNya kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Akhir kata, jagalah hubungan kita dengan Allah dalam masa yang sama perbaikilah hubungan kita bersama orang disekeliling kita. Setiap pasti ada jalan penyelesaian dan aka nada hikmah yang manis yang tersirat. Selamat beramal dan bersabar dalam mengharungi hari-hari yang mendatang….

No comments :